DIRGAHAYU KDYMM TUANKU ISMAIL PETRA

KDYMM Tuanku Ismail Petra kebanggaan rakyat jelata Kelantan Darulnaim

TANGGAL 11 November 1949 lahirlah seorang putera yang amat dinanti-nantikan seluruh rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang untuk meneruskan legasi Kesultanan Kelantan. Putera yang dinamakan Tengku Ismail Petra di lahirkan di Istana Jahar Kota Bharu adalah anakanda ketiga Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Almarhumah Tengku Zainab Tengku Muhammad Petra.

Tuanku Ismail memulakan pengajian di Maktab Sultan Ismail Kota Bharu sebelum belajar dengan guru khas bahasa Inggeris. Baginda mendapat anugerah Ijazah Doktor Falsafah Kehormat dari Universiti Ramkhamhaeng, Thailand pada 8 Januari 2002 dalam bidang Sains Politik.

Baginda berkahwin pada 4 Disember 1968 di Istana Kota Lama dengan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. Tuanku Ismail Petra dan Tengku Anis dikurniakan tiga orang putera dan seorang puteri iaitu Tengku Muhammad Faris Petra, 41, Tengku Muhammad Faiz Petra (Tengku Bendahara Kelantan), Tengku Muhammad Fakhry Petra (Tengku Temenggung Kelantan), 32, dan Tengku Amalin A’ishah Putri, 27.

Tuanku Ismail Petra menaiki takhta pada 29 Mac 1979 dan ditabalkan pada 30 Mac 1980 sebagai Sultan Kelantan yang ke-28.

Jadi, besok iaitu 11 November 2010 genaplah 61 tahun usia KDYMM Tuanku Ismail Petra dan sememangnya adalah satu hari bersejarah yang dinantikan seluruh rakyat jelata negeri Cik Siti Wan Kembang yang begitu teruja untuk melihat Tuanku kembali memerintah seperti dulu selepas mengetahui Baginda semakin pulih seperti sedia kala.

Meskipun hanya perkhabaran sahaja, namun kami di sulteambo.wordpress.com turut gembira apabila pakar perubatan Tuanku menyatakan bahawa Baginda Sultan mampu untuk memerintah dan semakin hampir mendapat semula kekuatan seperti dulu.

Bagaimanapun, sempena sambutan ulang tahun Tuanku esok kami mahu menyarankan seluruh rakyat jelata Cik Siti Wan Kembang terus menerus berdoa supaya Tuanku yang kita sayangi ini mendapat rahmat daripada Allah SWT untuk kembali menjernihkan semula kemelut yang melanda institusi diraja Kelantan yang dilihat semakin membimbangkan.

Malah, 11 November 2010 juga akan menjadi tarikh keramat buat Tuanku Ismail apabila sebutan petisyennya sekali lagi dibahaskan di Mahkamah Persekutuan dengan peguam Tuanku bakal memberi hujah secara terperinci untuk memastikan Tuanku Ismail Petra tetap Sultan yang mutlak bagi negeri Kelantan Darulnaim.

Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa supaya keputusan mahkamah menyebelahi Tuanku Ismail Petra sekali gus memastikan usia Tuanku terus dipanjangkan oleh Allah SWT.

Sudah semestinya doa mereka yang dianiayai akan diberkati Allah SWT memandangkan Tuanku Ismail adalah seorang yang tidak berlebih-lebihan dan sering bersikap low profile. Umum mengetahui bahawa Baginda sentiasa mengamalkan sikap bersederhana dalam apa juga aktiviti dan tugas hariannya.

Digelar antara Sultan paling prihatin di negara ini, Baginda juga jarang membahasakan dirinya sebagai beta, malah membahaskan diri ‘Kita’ untuk memastikan Baginda dan rakyat mudah didekati.

Sebagai Ketua Agama Negeri Kelantan, baginda juga amat prihatin soal agama dan baginda pernah menegur segelintir anggota masyarakat Islam yang memandang rendah institusi perundangan Islam terutama Mahkamah Syariah.

Justeru, tidak hairanlah bahawa Allah SWT sentiasa melindungi Tuanku Baginda dan kami mengharapkan supaya Baginda segera ‘bangkit’ untuk memastikan legasi Kesultanan Kelantan tidak dinodai anasir jahat, terutama petualang yang kini semakin berleluasa.

DIRGAHAYU TUANKU

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to DIRGAHAYU KDYMM TUANKU ISMAIL PETRA

  1. bujai says:

    salam,

    dengar khabar, sultan baru yang juga anak kepada sultan ismail putra sudah pun ke makkah 10 november lalu, ditemani nik aziz dan tok pa.

    naik haji adalah salah satu rukun islam. bagaimanapun sebelum ke makkah, kita perlu melunaskan semua hutang, meminta maaf dan maafkan dan membersihkan diri daripada perkara yang boleh menjejaskan ibadah kita.

    paling penting ialah meminta ampun dan maaf daripada ibu, meminta halalkan air susu ibu dan keringat bapa. jika tidak, ibadah haji kita nescaya sia-sia.

    sedih juga di zaman moden ni, masih ada anak derhaka yang tak sanggup lagi cium tangan mak bapak bila nak ke makkah, apa lagi nak melawat mereka dan memohon ampun pada hari raya.

    apa nak jadi dengan keturunan yang patut disanjung ini!

  2. nujum morden says:

    Begitulah lah ragam manusia. Nak jadi baik kena berkawan dengan orang yang baik baik.

  3. sultan ambo,anda ni penulis upahan sapa,amat dangkal tulisan anda yang hanya memecah belahkan kemurnian dan kesucian pemerintahan Sultan Muhamad V.Anda amat dangkal dengan pemesyuratan MPR negeri Kelantan yang lebih arif,yang telah membuat satu keputusan yang amat tepat di tas kegeringan Tuanku Sultan Ismail.Maka amatlah elok dan sesuai sekali lah anaknda yang sulongnya untuk mengambil pemerintahan KDYMM Sultan Muhamad V.Jadilah penulis sultan ambo,yang taat setia kepada sultan Muhamad V ,jangan jadi macam Brahim Ali,mulut celupar di balas dengan keaiban yang besar.Semua ini adalah ketetapan Allah Taala yang Sultan Muhamad V akan memrintah Kelantan dengan nilai Islam yang sejati.Allah Akhbar tuanku sultan Muhamad V

  4. Marilah kita Rakyat Kelantan doakan supaya KDYMM Sultan Muhammad V mendapat haji yang mabrur bersama rombangannya iaitu Yb Dato Sri Mustapha Muhamad ,YAB Dato Nik Abdul aziz Nik Mat dan lain2 rombongan bersama DYMM Sultan Muhamad V dan doa kita rakyat Kelantan juga kepada Tuanku Ismail Petra supaya sihat walafiat dari anasir2 jahat yang membelengu Tuanku Ismail Petra iaitu Ayahanda yang di kasihi oleh KDYMM Sultan Muhamad V.Sama-sama lah kita berdoa penulis sultan ambo kehadrat Allah Taala.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s