Konsep 1Malaysia Najib temui kejayaan

Kejam.... Sultan Ismail Petra dicekup UTK

KETIKA pejuang Melayu bergelar Yang Amat Berhormat (YAB) – yang kini memimpin negara menerusi sidang Parlimen – diharap mampu meletakkan kedaulatan dan institusi raja-raja Melayu terus dipertahankan daripada anasir jahat, baiklah dilupakan kerana usaha itu nampaknya hanya omong kosong daripada pemimpin yang dikatakan berjiwa Melayu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussein bolehlah melupakan sifat keMelayuan yang dimilikinya turun temurun jika soal ketuanan raja-raja Melayupun beliau gagal meletakkannya sebagai barisan yang perlu dipertahankan.

Namun, konsep 1Malaysia yang dipertaruhkan Datuk Seri Najib Tun Razak selepas dinobat selaku Perdana Menteri harus dipuji kerana orang bukan Melayu yang bergelar ahli politik lebih kuat dan bertenaga untuk mempertahankan institusi raja Melayu daripada terus dipersenda oleh orang Melayu sendiri.

Gobind dihalau kerana pertahankan Sultan Ismail Petra

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo sekali lagi dihalau Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana mengasak menuntut jawapan daripada Hishamuddin berhubung serbuan polis ke atas KDYMM Sultan Ismail Petra, Mei lalu di mana rakaman video kekejaman pihak berkuasa ke atas Baginda (Sultan Ismail Petra Dicekup) disiarkan dalam You Tube sejak tiga minggu lalu.

Bagi kami di sulteambo.wordpress.com, Gobind  adalah produk yang boleh dipuji lahir menerusi konsep 1Malaysia tajaan Najib dan semestinya produk seperti ini perlu diperkuatkan untuk menjaga kepentingan kesultanan Melayu seandainya tiada lagi orang Melayu mampu mempertahankan institusi berdaulat ini.

Hishamuddin pula tidak layak untuk menduduki kerusi Menteri Dalam Negeri lagi kerana beliau seperti seorang ahli politik yang kuat berdalih dan lebih gemar mencari peluang untuk kepentingan diri tanpa membawa apa-apa makna buat orang Melayu dan kesultanan negara.

Kami begitu teruja apabila Gobind langsung tidak menunjukkan perasaan gentar dan tetap bertegas mahu Hishamuddin menjawab sama ada berlaku atau tidak siasatan kes itu daripada pihak berkuasa.

Biarpun Tan Sri Pandikar Amin mengatakan Menteri mempunyai hak untuk tidak menjawab soalan yang dikemukakan, peguam terkemuka itu tetap mempersoalkan hak beliau dan terus menyoal Speaker demi mempertahankan kedaulatan Sultan Ismail Petra.

Sikap Gobind yang tidak tahu mengalah menyebabkan beliau dihalau dan baginya “Lebih baik keluar daripada terus berada di dewan ini dengan Menteri tidak dapat memberikan jawapan. Besok saya datang dan saya akan tanya soalan yang sama untuk mendapatkan jawapan dari Menteri,” kata Gobind.

Soalan pertama kami – siapakah yang harus dipuji dalam memartabatkan kedaulatan Sultan Ismail Petra, adakah Gobind ataupun Hishammuddin? Bagi kami Hishammuddin sejak dulu lagi hanya tahu bercakap dan tiada langsung tindakan yang membawa kejayaan buat negara.

Tahniah Gobind dari kami di sulteambo.wordpress.com. Kami juga mahu menasihati Hishammuddin bercakap benar demi Melayu dan Islam sebagai tunjang kekuatan bangsa.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s