Cucunda vs Nenda

Sultan Tajaan jadi pengikut setia Kerajaan Pas dan Nik Abdul Aziz

Ku Li - Pemimpin dan kerabat diraja paling disegani serta perlu diangkat pejuang Melayu untuk memimpin Kelantan

PILIHANRAYA Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sudahpun berlalu dan kemenangan besar jelas memihak kepada parti pimpinan YBM Tengku Razaleigh Hamzah daripada Umno dan Barisan Nasional (BN). Tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat (YB) baru, Abdul Aziz Yusoff yang begitu teruja selepas diumum pemenang biarpun banyak tekanan dihadapi namun, BN tetap menjadi pilihan rakyat Gua Musang.

Sebenarnya, masih belum terlewat buat sulteambo.wordpress.com untuk mempertikaikan pembabitan orang kuat PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan sudah pandai bermain wang untuk ditaburkan kepada pengundi Orang Asli bagi kepentingan diri dan PAS di Gua Musang – kami agak kecewa bila orang yang dikatakan bersifat ulamak dan mampu menentukan hukum hakam agama boleh bertindak demikian, padahal BN atau UMNO sering dituduh menjadikan wang sebagai pemuas nafus pengundi. Tetapi, hakikatnya – PAS terang-terangan sudah bertindak membelakangi hukum agama dalam soal ini.

Kita tinggalkan dulu soal permainan wang untuk kepentingan PAS. Lebih mengecewakan apabila PAS menggunakan ‘Sultan Tajaannya’ untuk kepentingan diri dalam usaha mengekalkan kerusi di DUN Galas. Banyak penafian dibuat oleh pegawai Istana negeri tetapi ‘sudah terang lagi bersuluh’ Sultan Muhammad ke-V tetap dipergunakan sebagai ‘pembantu khas’ PAS Kelantan.

Ramai pemerhati politik jelas tidak senang duduk – ibarat ‘cacing kepanasan’ – kerana Tengku Muhammad Faris Petra memihak kepada PAS dalam perjuangan pilihanraya di Galas dan sudah pasti kita dapat tahu bagaimana remuknya hati Tengku Razaleigh yang dikenali sebagai Ku Li melihat cucu saudaranya diperguna Nik Abdul Aziz untuk kepentingan PAS.

Nik Aziz dan Tengku Faris, mereka bersekongkol jatuh KDYMM Sultan Ismail Petra

Kempen berat sebelah Tengku Muhammad Faris yang sepatutnya tidak langsung memihak kepada mana-mana parti politik jelas kelihatan dan usaha PAS memasyhurkan beliau sebagai Sultan Baru menggantikan ayahandanya, KDYMM Tuanku Ismail Petra yang masih bersemayam di Istana Mahkota, adalah usaha licik PAS untuk terus berkuasa di Kelantan. Biarpun penafian dibuat – namun rakyat tidak buta atau pekak melihat bagaimana Tengku Muhammad Faris terus ‘diperkuda’ PAS.

Inilah malangnya jika pemasyhuran Sultan ditaja PAS – sudah pasti PAS akan menjadikan ‘barang tajaannya’ untuk kegunaan masa depan, malah kami di sini menerima banyak kekecewaan daripada beberapa bloggers tanah air yang menyifatkan PAS membawa masuk Tengku Muhammad Faris Petra dalam kumpulan mereka adalah usaha terancang sejak awal untuk berkuasa di bumi Kelantan – biarpun pada hakikatnya Nik Aziz sebenarnya seorang yang gagal dalam pembangunan Ummah Cik Siti Wan Kembang.

Penafian PAS sebenarnya sudah terlambat kerana Tengku Muhammad Faris Petra tetap berkunjung ke Gua Musang dengan diiringi ahli politik PAS untuk menghulurkan geran tanah kepada penduduk Galas ketika pemimpin parti politik sibuk berkempen untuk calon masing-masing. Campur tangan Tengku Faris ini sebenarnya tidak kena langsung apatah lagi Ku Li memainkan peranan penting untuk membawa semula kebangkitan Umno di Kelantan.

Jadi, apa gunanya rakyat Kelantan memiliki Sultan yang mempunyai agenda, pertama berpaksikan Nik Abdul Aziz sebagai ‘orang tuanya’ dan kedua, bermusuh dengan ayahanda dan bonda serta keluarga sendiri – sedangkan dalam Islam kita tidak sepatutnya membelakangi ayah dan ibu dalam tugas harian kita – apatah lagi mendengar nasihat daripada mereka yang mempunyai kepentingan diri, terutama Kerajaan PAS. Pemasyhuran Tengku Faris Petra sebenarnya bersifat kepentingan peribadi Nik Abdul Aziz yang dilihat semakin sukar mendapat tempat di hati rakyat Kelantan.

Namun, kami juga ingin menyentuh soal pendirian puak Umno Kelantan yang diterajui Datuk Mustapa Mohamed yang dilihat langsung tidak berfikir mengenai usaha terancang Nik Abdul Aziz membawa masuk Tengku Muhammad Faris Petra dalam kumpulan PAS. Agak menghairankan apabila Mustapa Mohamed dan Timbalannya, Datuk Awang Adek Hussin seolah-olah membenarkan Sultan Tajaan itu menjadi pemukul gendang buat PAS dan sekutunya.

Adakah mereka tidak berfikir secara bijaksana sebagaimana portfolio mereka di kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak? Sebenarnya apa yang ingin kami ceritakan adalah kemenangan Umno di Galas adalah kewujudan dan pelantikan Ku Li selaku Pengarah Pilihanraya Umno Kelantan – jika bukan Ku Li sudah pasti Umno terus lingkup.

Apa tidaknya – Ku Li adalah anak raja yang paling disukai dan dihormati penduduk Gua Musang dan pastinya tanpa beliau, kami di sulteambo-wordpress.com yakin UMNO akan tumbang. Ini kerana, PAS awal-awal lagi mempunyai kekuatan diri atau keyakinan dengan hadirnya Tengku Faris Petra sebagai Sultan Baru membantu mereka. Umno apa yang ada jika bukan Ku Li sebagai penjaja kepada kebangkitan BN di Gua Musang.

Namun, kami kecewa dengan ragam Umno Kelantan yang tidak putus-putus memuji Tengku Muhammad Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Baru, malah ada kedengaran bahawa Mustapa akan mengiringi Tengku Faris bersama Nik Aziz ke Mekah untuk menunaikan fardu Haji. Bukan niat untuk memperkecilkan usaha murni dan baik ke Mekah tetapi mengapa perlu pergi dengan pemimpin politik sedangkan lebih afdal membawa imam atau rakyat miskin di kawasan masing-masing untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Mustapa perlu jelas dengan pendiriannya kerana rakyat sudah lihat bahawa Tengku Muhammad Faris Petra tidak menghormati Ku Li dalam perjuangan politik. Kami mahu Najib melakukan perubahan ketara dalam Umno Kelantan selepas Ku Li meletakkan semula maruah Umno di mata rakyat. Begitu juga melihat semula kedudukan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Tajaan PAS, adakah relevan untuk menggantikan KDYMM Tuanku Ismail Petra sebagai sultan baru?

Jika tidak dibanteras segera, kami percaya ancaman akan menjadi teman paling setia buat Umno untuk terus berkuasa. Lebih tepat, Najib akan melihat parti pimpinannya berkubur di Kelantan. Tengku Muhammad Faris Petra bersama Nik Abdul Aziz dan PAS. Umno dengan siapa?

Jawapannya, jika Umno tidak bersedia dan mampu mempertahankan kewibawaan Ku Li sekali gus menjadi pemimpin BN di Kelantan, kami tidak nampak ke mana hala tuju Umno dan mereka boleh ucap selamat tinggal dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Kebenaran sudah terserlah bahawa Tengku Muhammad Faris Petra atau Sultan Tajaan lebih selesa bersama PAS.

Tengku Fakhry, cucu saudara yang tahu menilai serta menghormati keluarga

Kami di sulteambo-wordpress.com ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Ku Li kerana mempunyai cucu saudara, YAM Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra yang terus menerus menghormati beliau sebagai datuk saudara – meskipun badai melanda dalam diri Tengku Temenggung ini, beliau tetap percaya bahawa hubungan keluarga tidak boleh putus kerana ia adalah kehendak Allah SWT.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Cucunda vs Nenda

  1. helmi says:

    fakhry mmg the best
    berapa juta pitih wi ko bini dio ore indon tu?
    dia ambik pitih mano?
    dio kijo gapo sapa pitih byk gitu mo?
    tok kiro la sapo2 pon kalu make pitih haram serupo makan bara api nerako la weii
    tau ko dok ni?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s