PERJUANGAN TUANKU ISMAIL PETRA BELUM SELESAI

 

Nasib penderhaka seperti Al-Maunah berakhir di tali gantung.

Dari kiri: Aiseri, Halim, Musa dan Shukri. Apa pula nasib mereka?

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang membuat ibubapanya gembira (memberi keredhaan) maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t. Sesiapa yang menyakiti hati ibubapanya, maka sesungguhnya ia mendapat kebencian Allah s.w.t.” (Riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Semua dosa-dosa dilambatkan Allah s.w.t. (pembalasannya) dari akhirat melainkan derhaka kepada kedua ibubapa maka sesungguhnya Allah s.w.t.menyegerakan (bala siksaan) bagi yang bersangkutan sewaktu hayatnya di dunia ini sebelum matinya” (Riwayat Al-Tabrani)

TANGGAL 25 Oktober 2010, adalah titik permulaan seorang yang baru dimasyhurkan selaku Sultan tajaan ‘petualang berkepentingan’ (Kerajaan Pas Kelantan) diheret ke mahkamah kerana melakukan rampasan takhta daripada ayahandanya sendiri. Apa lagi yang ingin disampaikan kerana perbuatan ini seolah-olah mencabar kesahihan agama Islam yang begitu membenci pada mereka yang membelakangkan bapa kandung sendiri kerana kuasa untuk memuaskan hati petualang negara.

Sejarah telah berlaku, Mahkamah Persekutuan Putrajaya mendengar habeas corpus KDYMM Baginda Tuanku Ismail Petra terhadap anakandanya, YMM Tengku Muhammad Faris yang sering kali mendabik dada bahawa pemasyhurannya tidak boleh dicabar mana-mana mahkamah (atas nasihat petualang). Tetapi, Allah SWT lebih berkuasa menentukan takdirnya, kini penentuan sama ada sahih atau sebaliknya Tengku Muhammad Faris Petra kekal sebagai Sultan Muhammad V akan diperbahaskan.

Bagi kami di sulteambo.wordpress.com – ada pertikaian yang boleh diperjelaskan di sini, mahkamah adalah tempat meleraikan segala kekusutan atau perbalahan dan menegak keadilan. Jadi, apakah yang berlaku sekarang? Tengku Faris Petra dinobat Kerajaan Pas Kelantan pimpinan Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Sultan Baru (waima selaku Ketua Agama bagi jajahan negeri Cik Siti Wan Kembang) tetapi berbalah dengan Tuanku Ismail Petra yang juga ayahandanya sendiri.

Apa hukumnya bagi seorang anak berbalah dengan ayah sendiri sehingga berpaksikan mahkamah sebagai penegak keadilan? Bukan untuk mendahului keputusan mahkamah tetapi ramai pihak tidak sedar bahawa Sejarah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sudahpun memutuskan segala-galanya. Cuma Kerajaan Pas Kelantan, serta beberapa individu seperti Shukri Mohamed sebagai peguam dan kroninya, Aiseri Alias dan Halim Hamad bertindak dangkal membelakangi sejarah itu.

Biarlah kami di sulteambo.wordpress.com mahu perjelaskan semula undang-undang Raja-Raja Melayu – Di dalam Undang-Undang Perlembagaan Tuboh-Kerajaan Kelantan tidak ada satu artikel, atau peruntukan yang membenarkan seorang Sultan digugurkan takhta melainkan dengan kehendak dan kerelaan Tuanku Al Sultan sendiri atau mangkat.

Artikel 23 (1) menyebut antara lain, ‘Seorang Sultan tidak boleh berada di luar negeri untuk tempoh lebih 12 bulan berterusan dan sekiranya ini berlaku, pengganti harus dipilih sejajar dengan peruntukan perlembagaan melainkan Majlis Perajaan Negeri mendapati ianya mempunyai alasan dan sebab yang kukuh dan boleh diterima’.
Artikel 23 (3) pula menyebut (1) tidak boleh digunapakai sekiranya Tuanku berada di luar negeri adalah kerana dilantik sebagai Yang Di Pertuan Agung. Artikel 24 (1) pula menyebut, ‘Sultan boleh secara sukarela mengosongkan dan turun dari takhtanya yang bererti menyerahkan segala hak dan kuasanya.

Tiada sebarang peruntukan yang membenarkan KDYMM Sultan diturunkan dari takhta tanpa kerelaannya. Sebaliknya Perlembagaan Persekutuan mempertahankan hak Raja-Raja Melayu dan undang-undang Malaysia mengenakan hukuman berat kepada sebarang usaha untuk menurunkan Yang DiPertuan Agung, Raja-Raja Melayu dan Yang DiPertua Negeri dari takhtanya.

Sebarang usaha menurunkan Sultan menerusi proses undang-undang iaitu menerusi Pindaan Undang-Undang Perlembagaan Tuboh-Kerajaan di dalam Dewan Negeri, jika dilakukan akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan akan terbatal.
Oleh yang demikian, dari sudut Undang-Undang Negeri, tiada pihak boleh mempertikaikan kesahihan KDYMM Tuanku Ismail Petra adalah Al Sultan dan Yang Di Pertua Negeri Kelantan Darulnaim dan semua jajahan naungannya. Sebarang masalah kesihatan yang mengakibatkan Kebawah Duli Tuanku gering tidak boleh dari segi perundangan dijadikan pertikaian atas persemayaman Tuanku di takhtanya.

Sudah terang lagi bersuluh, apakah agenda sebenar petualang dan Nik Abdul Aziz melakukan penderhakaan ke atas Tuanku Ismail Petra sehingga meletakkan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai batu loncatan yang jelas menimbulkan suasana kurang senang di kalangan rakyat.

Sekali lagi sulteambo.wordpress.com ingin menghuraikan lagi pertikaian yang sudah sekian lama diperbahaskan. Sebenarnya, ramai antara kita biasa mendengar sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan – tetapi tidak tahu maksudnya. Kita perlu berbalik kepada sejarah, iaitu sejarah Perlembagaan kita. Pentadbiran negara sekarang kerangka asasnya ialah Demokrasi Berparlimen dan satu lagi ialah RAJA BERPERLEMBAGAAN. Ini dua konsep yang penting, Asas pentadbiran negara ialah Perlembagaan yang merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri yang lain. Perlembagaan ini ada sejarahnya, bukan timbul begitu saja, jadi kita kena kembali pada asasnya. Sebelum merdeka, negara sudah mempunyai Perlembagaan peringkat Persekutuan dikenali Federation of Malaya Agreement atau Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Setiap negeri mempunyai Perlembagaan masing-masing. Jadi, kita tidak dapat lari daripada memperlihatkan isi kandungan Perlembagaan sebelum merdeka, terutama dari segi status dan kedudukan Raja-Raja Melayu. Sebelum merdeka, Tanah Melayu ada sembilan negeri yang dinaungi Raja dan dua negeri tidak beraja iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Ini disebabkan statusnya sebagai Straits Settlements Crown Colony atau tanah jajahan British. Sembilan negeri itu dikenali ‘Protected States’ atau negeri dilindungi di bawah jagaan kerajaan Inggeris.

Ini bererti sembilan negeri itu, kedaulatan Raja atau Sultannya masih ada sebab ia bukan jajahan. Pemerintahan di bawah nasihat British tetapi pemerintahan harian diteruskan kerajaan negeri. Ada Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan dan Penasihat Undang-Undang dan Sultan. Sultan itu ada dan kedaulatan serta kemuliaannya tidak terjejas. British cuma nasihat saja tetapi nasihatnya kita kena ikut sebab ada perjanjian dengan British. Sultan tandatangan perjanjian dengan British untuk jaga keselamatan supaya tidak diserang pihak lain kerana ketika itu, negeri Melayu tiada askar atau polis yang kuat.

Ingin diterangkan, kedaulatan Raja-Raja sudah ada apabila kita berunding untuk dapatkan kemerdekaan dengan British. Ia membabitkan pihak yang penting iaitu Raja-Raja Melayu, kerajaan British dan rakyat yang diwakili parti politik. Jika Raja-Raja Melayu tidak bersetuju dengan kemerdekaan itu, kita tidak boleh merdeka walaupun British beri kemerdekaan.

Berbalik kepada sejarah tadi, memang ada peranan dan kedaulatan Raja. Sebab itulah apabila Perlembagaan Kemerdekaan 1957 itu dimaktubkan, ada kuasa tertentu dan ada peranan tertentu bagi Raja Melayu. Selepas itu Majlis Raja-Raja, ada ketua negara, Yang di-Pertuan Agong iaitu raja yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja bukan simbolik, sebab ada tugas tertentu. Dalam Perlembagaan Persekutuan ini, kedudukan Raja-Raja Melayu di setiap negeri sepertimana Artikel 71 dan 181 Perlembagaan misalnya, memberi jaminan kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja.

Institusi politik dan sebagainya boleh bertukar, tetapi institusi beraja tidak boleh bertukar. Rakyat anggapkan institusi Raja-Raja sebagai tempat terakhir untuk mereka mengadu jika ada perkara besar-besar (pertikaian) yang berlaku. Raja sebagai orang tengah yang tidak memihak mana-mana pihak.

Penjelasannya, kuasa raja dalam Perlembagaan tidak tertakluk kepada apa yang bertulis saja tetapi juga apa dikenali sebagai amalan atau praktik yang turut memberi pengaruh. Maknanya kita tidak boleh mengetepikan aspek seperti adat resam.

Satu lagi yang berkait dengan raja ialah agama Islam. Perkara kedua, hak istimewa orang Melayu, yang sudah pun ada dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Sebab apa ada Artikel 153? Sebab apa ada bahasa kebangsaan? Sebab apa agama Islam jadi agama Persekutuan? Ini sebabnya, semua perkara ini ada asasnya. Ia merangkumi apa yang sudah termaktub sejak dulu lagi. Apa yang dibuat sudah ada dalam sejarah beratus-ratus tahun lalu.

Jadi kedaulatan Raja-Raja bukan perkara baru dan tidak terjejas.Raja adalah payung negara begitu juga Sultan. Ini tidak tertulis dalam Perlembagaan tetapi kebesaran, kemuliaan dan kedudukan Raja itu adalah dalam amalan dan budaya, jadi dengan sendirinya ada pengaruh tertentu yang mana rakyat biasa dapat perlindungan daripadanya. Rakyat itu bukan merujuk kepada orang Melayu saja, tetapi juga kaum lain. Maka, tidak tepat dakwaan yang menyatakan Raja-Raja Melayu hanya untuk orang Melayu.

Justeru, bagaimana untuk kita hapuskan petualang yang dikatakan bijak bermain kata-kata soal Perlembagaan Persekutuan tetapi jahil dalam memberi fakta sebenar. Sulteambo.wordpress.com ingin mengingatkan kepada petualang terbabit bagaimana anggota Al-Maunah mati di tali gantung. Sebab utama adalah cubaan merampas kuasa dan menderhaka kepada Sultan sebagaimana terkandung dalam artikel 121 (kanun keseksaan).

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s