MPN DERHAKA TERUS MENDERHAKA

Cover CD menyingkap tragedi penderhakaan 4 Mei 2010,

JIKA bukan kerana pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sudah pasti Tengku Razaleigh Hamzah atau di kalangan istana memanggilnya Tok Ku Li akan bertindak serta memanggil Aiseri Alias dan Shukri Mohamad untuk menghadap beliau kerana pengguguran daripada Majlis Perajaan Negeri (MPN) tanpa sebarang alasan kukuh.

Malah, MPN yang dipimpin Aiseri dan Shukri serta Halim Hamad (Pengelola Istana Kelantan) yang kini mendabik dada dan agak leka selaku ‘penasihat tanpa tauliah’ Sultan Baru tajaan Kerajaan Pas – lebih gemar untuk terus menerus menderhaka kepada kerabat diraja yang sememangnya dihormati dan dikasihi rakyat jelata Cik Siti Wan Kembang.

Apa masalah ketiga-tiga mereka ini sehingga sanggup membelakangkan ketuanan Tok Ku Li dan Tengku Amalin yang juga anakanda puteri KDYMM Baginda Sultan Ismail Petra – tidakkah Aiseri, Shukri dan Halim sedar kedudukan mereka jika tanpa sokongan Tengku Muhammad Faris Petra.

Penderhakaan yang semakin jelas dilihat agak kronik selepas Tengku Muhammad Faris dimashurkan (tetapi belum ditabalkan) – mengapa harus berlaku perkara sebegini. Adakah disebabkan ketidakhadiran mereka pada hari pemasyhuran (kali pertama) keanggotaan mereka sudah dilucutkan.

Apa yang hebatnya kenyatan seperti ini? Shukri dengan bangga mengatakan Tok Ku Li dan Tengku Amalin digugur secara automatik dalam sidang media kerana tidak hadir mesyuarat pemasyhuran Tengku Muhammad Faris, adakah sebab ini dijadikan alasan untuk mereka digugurkan?

Atau – Tok Ku Li dan Tengku Amalin nyata tidak bersetuju dengan pemasyhuran itu? Kami di sulteambo.wrodpress.com menyifatkan ia satu tindakan ‘bodoh’ MPN yang ada sekarang kerana keangkuhan mereka sudah melampaui hak asasi manusia.

Undang-undang MPN sudah tentu dilakukan oleh manusia, bukan undang-undang Allah SWT yang boleh kita perbetulkan atau perlekehkan. Jadi, di sini kita dapat lihat bahawa kedudukan Tengku Muhammad Faris Petra juga seperti ‘telur di hujung tanduk’ begitu juga dengan Aiseri, Shukri dan Halim. Sama-samalah kita lihat, adakah perbuatan mereka akan terus direstui Allah SWT?

Tok Ku Li adalah Datuk Saudara pada Tengku Muhammad Faris, Tengku Amalin pula adinda perempuan tunggal. Apa makna semua ini? Mengapa terus dikeruhkan suasana yang semakin hari semakin kalut dek kerana munculnya Aiseri, Shukri dan Halim sebagai watak utama dalam mengkucar-kacirkan silaturrahim kerabat diraja Kelantan.

Fikirlah wahai rakyat Kelantan bahawa penderhakaan sudah jelas di mata dan kita perlu tanganinya supaya tidak terus merebak sehingga anak cucu kita kerana kedangkalan kita menangkis apatah lagi menderhaka kepada Baginda Sultan Ismail Petra yang tidak pernah menganiayai rakyatnya.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to MPN DERHAKA TERUS MENDERHAKA

  1. Patih Karma Wijaya says:

    DI mana boleh dapat CD tu?.

  2. Setia Tuah says:

    Memang tak patut buat pada Ku Li dan Tengku Amalin. Namun, buat apa Ku Li dan Tengku Amalin berada dalam kancah MPN yang menderhaka. Bagi mereka yang menderhaka bertaubatlah. Nyahlah dari bumi Kelantan termasuk Kerajaan Pas pimpinan Nik Aziz.

  3. semutar keling says:

    eloklah kedua pihak berdamai,akurlah dgn ketentuan Illahi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s