Sejuk perut ibu mengandung

Kemesraan YAM Tengku Muhammad Fakhry dan Baginda Tuanku Ismail Petra terbukti dengan kasih sayang kedua-dua mereka

ITULAH istilah paling tepat buat Tengku Temenggung Kelantan, YAM Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra yang begitu mengambil berat terhadap ayahandanya sejak bersemayam di Istana Mahkota kerana masalah kesihatan.

Kami di sulteambo.wordpress.com amat teruja apabila mendengar khabar dari dalam Istana bahawa Tengku Muhammad Fakhry tidak pernah bersungut atau berasa penat menjaga ayahandanya sehingga sudah menunjukkan tahap kemajuan memberangsangkan.

Kami diberitahu bahawa Tengku Muhamad Fakhry Petra sentiasa memantau tugas-tugas doktor, jururawat, petugas terlatih dan pengawal supaya sentiasa bertungkus lumus dalam menjaga Tuanku Ismail Petra, malah beliau turut mempengerusikan setiap mesyuarat bersama kakitangan yang menjaga Tuanku Baginda, biarpun lewat malam.

Malah, kelmarin (14 Oktober 2010) Tengku Muhammad Fakhry memanggil semua kakitangan yang menjaga Tuanku Baginda a pada jam 12 tengah malam untuk bermesyuarat dan menasihati mereka supaya jangan leka dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Meskipun pelbagai onak dan duri dilalui Tengku Temenggung yang lebih sinonim dengan panggilan Ku TT, tidak membataskan jiwa dan raganya untuk berkorban demi ayahanda tercinta biarpun ada pihak yang iri hati dengan tahap kesihatan Baginda di waktu ini.

Ketaatan dan kesetiaan Ku TT menjaga ayahandanya bukan mudah dicari kerana anak yang soleh sahaja mampu berbuat demikian. Banyak tugas (perniagaan) di luar Kelantan terpaksa diabaikan demi Tuanku Baginda kerana kepentingan Ku TT adalah untuk melihat Tuanku Ismail Petra kembali pulih dan menceriakan semula keluarga diraja ini sekali gus meletakkan institusi diraja Kelantan terus utuh di persada rakyat Cik Siti Wan Kembang.

Cuma, kami agak sedih kerana hanya Ku TT yang dilihat bertungkus lumus bersama doktor peribadi serta kakitangan yang lain menjaga Tuanku Ismail Petra, di mana anak-anak yang lain? Namun, ia bukan persoalannya kerana berbuat baik sudah pasti akan dibalas baik, biarpun bukan di dunia namun Allah SWT akan membalas kebaikan di akhirat. Diharapkan Ku TT terus bersabar kerana yang benar tetap mendapat balasan baik daripada Allah Maha Besar. Nescaya, Allah akan memberi balasan setimpal kerana kebaikan Ku TT terhadap ayahanda dan bonda.

Kami berdoa kepada Allah SWT supaya segera menyembuhkan kesihatan Baginda Tuanku Ismail Petra dan panjangkan umur Baginda, Raja Perempuan Kelantan dan Tengku Muhammad Fakhry. Amin.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Sejuk perut ibu mengandung

  1. bujai says:

    salam,

    kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sanggup berpisah, kasih saudara berkorban nyawa…

    tidak kira setinggi mana pun kedudukan kita sebagai manusia, sama ada kita seorang sultan, raja, presiden, perdana menteri, menteri besar dan sebagainya, kita akan terus dilaknati Allah swt jika membelakangkan ibu bapa sendiri. tanpa ibu bapa, siapalah kita.

    jika pada hari raya pun kita langsung tidak mengendahkan ibu bapa, apa lagi untuk melawat, bertanya khabar dan mencium tangan mereka, adakah kita layak dipanggil manusia yang adil dan menjadi pemerintah yang saksama? jika kita sanggup membelakangkan ibu bapa, maknanya kita sanggup membelakangkan sesiapa saja untuk menjaga kuasa yang ada.

    amat bertuah bagi mereka yang masih mempunyai ibu bapa. biar setua mana atau dalam keadaan apa pun, janganlah melayan mereka seperti Quran buruk dan hanya memastikan mereka ada makanan dan pakaian yang cukup selagi mereka hidup.

    tanyalah ulama mana pun. tidak diterima ibadat seseorang yang membelakangkan ibu bapa sendiri, apa lagi orang yang menyakiti hati dan perasaan mereka. jika ada ulama yang sanggup menidakkan kenyataan ini, marilah berdebat dengan saya. walau secetek mana pun ilmu di dada, tidak pernah saya membelakangkan ibu bapa, meninggikan suara mahupun menyangkah kata-kata mereka.

    restu ibu bapa mestilah sentiasa dicari. walau hendak menunaikan haji di Tanah Suci sekalipun, jika dosa kita terhadap ibu bapa tidak terampun, maka kita hanya akan pulang dengan hati yang kosong.

    mereka yang bersubahat dengan orang sebegini juga akan menanggung dosa yang sama. tindakan menghasut dan menghalang seseorang daripada menemui ibu bapanya amatlah dikutuk oleh Islam. pemimpin yang mudah termakan hasutan juga tidak layak memerintah, begitu juga seseorang yang sanggup meratah darah dagingnya sendiri demi kuasa.

    ingatlah. hidup hanya sekali. jika kita tidak berlaku adil kepada diri sendiri dan terhadap ibu bapa, kita tidak akan mampu ke mana di dunia ini. biar sekukuh mana pun kuasa yang dipegang, tidak ada kuasa mampu menandingi kuasa Allah swt. kita semua akan mati dan ketika kita berada dalam sakaratul maut, bergelutlah kita sendirian dengan dosa-dosa yang akan kita bawa ke dalam kubur.

    insaflah…

  2. acq says:

    How nice Ku TT.. semua orang kena ikut cara Ku TT.. kalu pemerintah mcm ni baru org respect.. Ketua kena baik..baru pengikut baik..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s