Beranikah Kerajaan Pas Kelantan Beri Penjelasan?

 
 

Kenyataan Ku Li mungkin mampu menggegarkan jiwa raga mereka yang ada niat jahat terhadap Tuanku Ismail Petra

1)         Kenyataan Ku Li Bangkit Semangat Baru

KAMI di sulteambo.wordpress.com akhirnya lega apabila Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan pendiriaannya berhubung polemik mengenai pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru. Kenyataan Ku Li yang juga Timbalan Pengerusi Ahli Majlis Perajaan Negeri (MPN) mempunyai makna yang begitu tersirat.

Kenyataan Ku Li itu mempunyai dua makna seperti ‘menarik rambut dalam tepung’. Pertama, pada hemat kami, Ku Li sememangnya seorang yang begitu bersopan santun dan mempunyai daya sensitiviti yang amat kuat, terutama dalam bab istana – apatah lagi beliau merupakan bapa saudara kepada Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Di peringkat awal memang Ku Li tidak mempunyai masalah besar terhadap pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru kerana lambat laun ia perlu diadakan juga kerana sudah menjadi lumrah kehidupan manusia bahawa yang hidup pasti akan kembali ke PenciptaNya. Jadi, soal beliau bersetuju mengenai pemasyhuran Sultan baru ada asasnya  kerana ia perlu dilakukan juga suatu hari nanti. Tetapi adakah beliau bersetuju dengan pemasyhuran cucu saudaranya, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai pengganti ayahandanya, KDYMM Tuanku Ismail Petra yang masih bersemayam di Istana Mahkota tanpa mempunyai masalah untuk terus memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang?

Kedua – mengapa Ku Li minta Kerajaan Pas Kelantan beri penjelasan berhubung pemasyhuran ini. Beranikah Kerajaan Pas Kelantan pimpinan Datuk ‘Bentara Setia’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan pendiriannya berhubung tajaan mereka memasyhurkan Tengku Muhammad Faris Petra selaku Sultan.

Apa tidaknya, pelbagai tohmahan dan fitnah dilemparkan terhadap Tuanku Ismail Petra selaku anak saudara Ku Li, terutama mengenai tahap kesihatannya. Macam-macam diperkatakan sehingga ke tahap menuduh Tuanku Ismail Petra mempunyai kecacatan besar yang tidak mampu untuk pulih, sedangkan bala tentera Nik Abdul Aziz tidak pernah menghadirkan diri untuk menghadap atau menziarahi Baginda yang kini sudahpun mampu mengenali semua orang yang rapat dengannya, apalagi boleh berfikir sendiri (boleh tanya Datuk Ibrahim Ali untuk tahu status sebenar Tuanku Ismail Petra).

Kenyataan Ku Li dalam laporan akhbar Utusan Malaysia 14 Oktober 2010 ‘Minta istana, kerajaan negeri beri penjelasan elak kekeliruan’ sudah membuktikan betapa Ahli Parlimen Gua Musang itu juga turut keliru dengan pemasyhuran ini – pendek kata ada sesuatu yang tidak kena mengenai kedudukan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan.

Cubalah berfikir secara profesional dan logik dengan akal yang dianugerahkan Allah SWT. Kami sebenarnya sudah lama mahu mendengar pengumuman Ku Li dan yakin kenyataan Ku Li ini sedikit sebanyak akan menggusarkan penasihat bersifat ‘petualang’ di sekeliling Tengku Muhammad Faris Petra.

Berilah penjelasan panjang lebar supaya rakyat Kelantan faham dan fikir sendiri mana yang benar atau mana yang batil. Jangan terus mengelirukan rakyat yang kini sudah banyak terpesong dengan tuduhan berat sebelah mengenai tahap kesihatan Tuanku Ismail Petra – janganlah asyik bercerita mengenai apa yang dimiliki (harta) keluarga diraja Kelantan dalam blog tajaan mereka kerana ia seperti meludah ke langit (khusus buat penasihat berlabel petualang) – yang kita ingin tahu cerita benar kesihatan Tuanku Ismail Petra. Yang nyatanya Tuanku Ismail Petra masih lagi Sultan Kelantan Mutlak buat rakyat Cik Siti Wan Kembang.

 

2)          Kerajaan Pas Kelantan Terus Cari Musuh?

Adakan Kerajaan Pas Kelantan mahu bermusuh dengan PERKASA yang begitu mengambil berat soal Melayu dan raja Melayu

SELEPAS Ku Li minta penjelasan daripada Kerajaan Pas Kelantan mengenai isu pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai ‘Sultan’ – kali ini giliran PERKASA pimpinan Dato’ Ibrahim Ali melalui Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali pula minta Istana Kelantan tajaan Parti Pas kepunyaan Nik Abdul Aziz Nik Mat mahukan perkara yang sama mengenai pelucutan gelaran Datuk terhadap Presidennya itu.

Kekecewaan sememangnya amat dirasai ahli PERKASA yang kini mencecah hampir ratusan ribu anggota kerana apa salah Dato’ Ibrahim sehingga gelarannya dilucutkan tanpa sebab sebaik sahaja menziarahi KDYMM Tuanku Ismail Petra buat pertama kali selepas Baginda pulang dari Singapura untuk dapatkan rawatan.

Adakah Tengku Muhammad Faris Petra terus menerus mengumpul musuh dalam diarinya ataupun penasihat di sekelilingnya bertindak mengarahkan anakanda sulung Tuanku Ismail Petra yang baru dijulang sebagai ‘Sultan Muda’ untuk berbuat demikian?

Berdosakah Dato’ Ibrahim selaku orang politik dan pemimpin sebuah pertubuhan Melayu  yang semakin mendapat tempat di hati orang Melayu menziarahi rakan karibnya yang kini ada masalah kesihatan? Ataupun ada perasaan takut di kalangan pemimpin Pas yang melindungi Tengku Muhammad Faris Petra mengenai kehadiran Dato’ Ibrahim di Istana Mahkota.

Bagi kami di sulteambo.wordpress.com pelucutan itu tidak lain tidak bukan adalah satu kaedah membalas dendam di kalangan pemimpin Pas terhadap Dato’ Ibrahim yang dikatakan telah berpaling tadah untuk menyokong Umno selepas menggunakan tiket Pas untuk bertanding di Pilihanraya Umum ke-12.

Jika cara itu digunakan – kami berpendapat Kerajaan Pas Kelantan tidak profesional kerana mereka sewenang-wenangnya menggunakan kuasa yang ada untuk balas dendam kepada mereka yang begitu taat pada Sultan Ismail Petra sebagai raja berdaulat buat rakyat Cik Siti Wan Kembang.

Sesungguhnya kenyataan Syed Hassan yang mahu penjelasan bertulis daripada Istana Kelantan tajaan Pas amat patut kerana selama ini Dato’ Ibrahim begitu menghormati institusi diraja selain mempertahankan hak orang Melayu di negara ini.

“Beliau (Ibrahim) yang kami tahu merupakan seorang individu yang begitu lantang dan akan mengecam mana-mana pihak yang menghina kedaulatan raja-raja Melayu. Jadi saya mohon supaya pihak Istana dapat memberikan penjelasan kenapa gelaran Datuk itu ditarik balik kerana ia mendapat respon daripada ahli-ahli yang terkejut dengan keputusan tersebut,” katanya kepada portal popular negara, The Malaysian Insider.

Jadi, kita sebagai rakyat yang sudah matang dalam politik tanah air apatah lagi dengan karenah Kerajaan Pas Kelantan gemar memutar belitkan fakta demi kepentingan diri masing-masing serta mempergunakan agama Islam untuk  mencairkan hati rakyat yang dahagakan agama bagi politik murahan mereka, perlu berbuat sesuatu kerana isu ini bukan kecil kerana membabitkan Tuanku Ismail Petra selaku Sultan berdaulat negeri Cik Siti Wan Kembang.

Kami juga ingin bertanya kepada Nik Abdul Aziz – adakah Menteri Besar ini tidak pernah sakit dan umur kamu sebegini mampu untuk terus mentadbir Kelantan?  Apakah hukuman bagi mereka yang memutuskan tali persaudaraan dan silaturrahim?

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s