Ku Li Perlu Lakukan Sesuatu dan Bulatkan Tekad

 

Tetap Sultan Kelantan mutlak

 

“Masalah itu boleh diselesaikan apabila Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pulih sepenuhnya daripada kegeringan dan mampu memerintah semula. Ia bukan suatu konflik dalam istana…Jika ada konflik bermakna ada perkara-perkara baru timbul, terserah kepada Tuankulah untuk perbetulkan. Tunggulah dia sihat dulu,”  Inilah kenyataan Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah ketika ditanya pemberita sejak konflik Istana Kelantan sedang bergolak.

Malah, beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang turut meminta rakyat Kelantan bertenang dalam menghadapi isu berhubung istana sekarang. Baginya “saya yakin Sultan Ismail Petra  boleh kembali mentadbir dan memulakan tugas sebagai ketua agama negeri ini setelah sembuh sepenuhnya daripada kegeringan.  Dulu betullah, baginda diusung ke Singapura, kini Baginda boleh bergerak, bercakap, boleh makan, jumpa dengan rakyat, cuma percakapannya agak tidak fasih lagi kerana sudah lama berada dalam koma,” katanya yang juga bapa saudara kepada Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

 

Perlu umum.... Kenyataan Ku Li amat ditagih

 

Daripada kenyataan yang dibuat Ku Li ini, kita dapat lihat bahawa beliau tetap mengharapkan KDYMM Sultan Ismail Petra kemnbali mentadbir negeri Kelantan kerana hanya Baginda mampu menyelamatkan keadaan yang ketika ini dilihat semakin kelam kabut dan menampakkan suasana tidak menentu kerana wujudnya penasihat yang bersifat ‘jahat’.

Oleh itu, Ku Li selaku anak raja yang dihormati selain apatah lagi kini dijulang sebagai Pengarah Pelihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas – perlu membulatkan tekadnya sebagaimana kenyataannya pada media sebelum ini dan perlu lakukan sesuatu untuk memulihkan keadaan haru-biru di Istana Kelantan dek kebiadapan penasihat yang menjadi ‘petualang’ menjatuhkan keluarga Tuanku Ismail Petra.

Sebenarnya, kami di sulteambo.wordpress.com sudah mampu membuat kesimpulan bahawa Ku Li tidak bersependapat dengan kehendak Majlis Perajaan Negeri dan Kerajaan Pas Kelantan yang berusaha memasyhurkan Pemangku Sultan sebagai Sultan Muda kerana keengganannya hadir di majlis ‘tertutup’ yang tidak pernah dilakukan oleh negeri lain ketika memasyhurkan Sultan baru.

Masih banyak yang perlu kami ingin ketahui teka-teki yang menyelubungi diri Ku Li terhadap peristiwa seumpama ‘rampasan kuasa’ ini. Adakah beliau benar-benar tidak bersetuju atau sebaliknya? Ku Li adalah antara yang berpengaruh dalam Istana Kelantan dan pengumumannya mengenai keputusan Kerajaan Pas Kelantan perlu diteruskan ataupun tidak?

Jadi kenyataan Ku Li ketika ini amatlah dinanti-nantikan supaya rakyat jelata yang begitu mengasihi dan menjunjung setia pada Kesultanan Kelantan tidak terus berteka-teki demi perpaduan rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang yang semakin mundur berbanding negeri lain di bawah pemerintahan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar serta kuncu Pas yang lain.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s