Kepimpinan Tun Dr Mahathir dirindui

 

Ceria...KDYMM Baginda Tuanku Ismail Petra kelihatan gembira bersama Datuk Ibrahim Ali

 

UMUM mengetahui bahawa Tun Dr Mahathir Mohamed menerima rawatan dan dimasukkan ke Hospital Epworth di Melbourne, Australia minggu lalu kerana jangkitan kuman dalam dada sebelum berucap kepada pelajar Malaysia dalam sebuah bengkel di negara Kanggaroo itu.

Namun, negarawan terulung itu sudahpun pulang dan memperlihatkan keceriaannya. Alhamdullillah kerana Allah memakbulkan doa rakyat seluruh negara untuk memastikan Tun Dr Mahathir pulih seperti biasa tanpa mengalami masalah besar dalam sesi rawatan.

Begitulah keadaan terkini Tun Dr Mahathir, kami di sulteambo.wordpress.com turut mahu berkongsi gembira dan bersyukur dengan perkembangan ini dan berharap mantan Perdana Menteri yang dikasihi panjang umur serta terus menjadi mentor kepada masyarakat seluruh negara.

Namun, kami agak sedih apabila ada orang menghina Tun Dr Mahathir sebagai pemimpin yang tersungkur. Satu kenyataan yang dilihat begitu sombong serta mampu menggugat ketenteraman mereka yang mengasihi Tun Dr Mahathir.

Pihak berkenaan adalah sebahagian Melayu yang mudah lupa dan bagi kami, ini menunjukkan sifat kebodohan seorang ahli politik dalam sejarah Malaysia kerana mengejar populariti media, tidak ingatkah Tun yang dahulu memperjuangkan hak orang Islam dalam negara ini. Jadi, kenyataan ‘tidak cerdik’ itu dilihat hanya kempen murahan dan jelas berbaur politik itu seolah-olah tidak mengenang budi.

Kami ingin turut mahu berkongsi dengan kenyataan Tun Dr Mahathir baru-baru ini mengenai penerimaan beliau terhadap perjuangan PERKASA (pimpinan Datuk Ibrahim Ali) – kami menyokong kenyataannya kerana Tun Dr Mahathir mempunyai idea yang begitu bernas dan perlu diterjemahkan secara mendalam sebelum mahu mencabar kesahihan beliau.

Bagi Tun Dr Mahathir, PERKASA bukanlah hendak membuli bangsa lain, tetapi beliau melihat kelemahan Bumiputera yang bercakaran sesama sendiri hingga sanggup bersekongkol dengan puak-puak kiasu bagi memuaskan hati dengki mereka yang bencikan UMNO.

Tun Dr Mahathir adalah orang yang berpandangan jauh kerana beliau melihat bahawa Bumiputera adalah majoriti di Malaysia, ini bermakna kestabilan politik Malaysia bergantung kepada kuatnya perpaduan orang Melayu. Kalau politik tak stabil, sosial pun tidak stabil, malah ekonomi turut menerima kesannya kerana ramai orang yang suka bercakaran serta berdemontrasi hingga menakutkan pelabur dan masyarakat luar negara yang hendak melawat negara. Ini akan memberikan imej buruk kepada negara.

Sebenarnya, kami di sulteambo.wordpress.com amat merindui cara pentadbiran Tun Dr Mahathir menjaga keamanan negara – meskipun beliau bergelar seorang doktor, namun ketajaman pemikiran dan ketokohan dalam memimpin tidak mampu disangkal atau ditandingi mana-mana ahli politik, buat masa ini. Seandainya, Tun Dr Mahathir masih lagi Perdana Menteri Malaysia, kami yakin perkara menghina ataupun membuat onar terhadap kepimpinan negara tidak akan berlaku sama sekali.

Begitulah, kesannya dan simpati kami terhadap kedaulatan KDYMM Tuanku Ismail Petra yang diporak-perandakan oleh anasir yang berkepentingan biarpun Baginda sedang menerima rawatan untuk kembali pulih selepas gering lebih setahun lalu (kini hampir pulih). Mungkin, jika Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri – tragedi pemasyhuran Sultan Baru tajaan Kerajaan Pas Kelantan pimpinan Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat pasti tidak berlaku, kerana Tun Dr Mahathir akan menangkis ancaman sebegini, apatah lagi usaha menderhaka kepada seorang Sultan berdaulat seperti Baginda Tuanku Ismail Petra.

Meskipun Tun Dr Mahathir dilihat seorang yang tidak suka mencampuri urusan keluarga Istana, namun perkembangan yang berlaku di Kelantan mungkin menjadi agenda utama beliau kerana sudah pasti urusan pemasyhuran ini hanya berkisarkan kepada tujuan politik semata-mata (terutama kepada Pas) dan bukannya menyelamatkan institusi diraja Kelantan itu sendiri.

Malah, beberapa insiden yang berlaku ke atas KDYMM Baginda Tuanku Ismail Petra, antaranya serangan hendap Unit Tindakan Khas (UTK) terhadap Baginda, Mei lalu – tidak akan berlaku jika beliau masih Perdana Menteri Malaysia. Jika ditanya mengapa? Tidak ada orang berani melakukannya dan pasti mereka yang bergelar pemimpin atasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) enggan menurut perintah tanpa mendapat kebenaran daripada Tun Dr Mahathir. Kami percaya Tun akan terus membidas serta melakukan sesuatu, termasuk menghukum individu yang melakukan kekejaman seperti itu terhadap Tuanku Ismail Petra sebagai Sultan berdaulat buat Negeri Cik Siti Wan Kembang.

Kami di sulteambo.wordpress.com – tidak mahu mencampuri urusan PDRM mengenai isu ini, namun kami ingin tahu sampai bila penyelesaian mampu dilaksanakan, termasuk mendakwa mereka yang terbabit dalam insiden kejam itu. Begitu juga, hukuman terhadap tali barut yang sering membuat onar di Istana Mahkota. Sudah banyak laporan polis dibuat, pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilakukan. Malah, yang terbaru pertemuan antara Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dengan Baginda Al-Sultan. Sampai bila harus kita menunggu keadilan yang akan dibawa oleh pentadbir negara untuk mengheret mereka yang melakukan penderhakaan sebegitu ke mahkamah.

Sebab itu, kami amat merindui ketokohan dan kepimpinan Tun Dr Mahathir mentadbir negara – bukan menindakkan keupayaan pemimpin politik yang ada di Malaysia ketika ini, tetapi tahap serta kehebatan mereka memimpin tidak setanding beliau. Semoga Tun Dr Mahathir cepat sembuh dan mendapat rahmat serta hidayah Allah SWT bagi menjayakan masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berkualiti tinggi sebagaimana yang digagaskan olehnya dalam Wawasan 2020. Terima kasih Tun Mahathir, kepimpinanmu menjadi kenangan masyarakat dan akan dikenang dalam sejarah tanah air sebagai Negarawan sejati Malaysia.

 

Pemimpin ulung

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s