‘Ambo beri anugerah kepada ambo sendiri’ – Nik Abdul Aziz

 

Gelaran Nik Aziz diragui...Bentara Setia Diraja

 

KITA mengetahui bahawa Melaka sebenarnya sudah tiada Sultan sejak beratus tahun dahulu, tetapi akhir-akhir ini ada pihak bernama Raja Nor Jan Shah Raja Tuah mendakwa dirinya adalah pewaris Kesultanan Melaka. Episod ini mengundang pelbagai tanda-tanya kepada rakyat Hang Tuah berhubung isu berkenaan.

Biarlah kisah Raja Noor Jan Shah, 53, itu menjadi igauan buat rakyat Melaka yang sering merindui semula kewujudan Sultan mereka. Apa yang ingin disampaikan oleh sulteambo.wordpress.com adalah notis yang terpampang di beberapa masjid negeri (ketika bersolat Jumaat) yang mengumumkan ada ceramah politik daripada Menteri Besar, Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kami sebenarnya agak meragui status dan darjah kebesaran yang diguna pakai Mursyidul Am Pas itu – Datuk Bentara Setia. Apa yang ingin kami ajukan ialah keraguan terhadap gelaran berkenaan, setahu kami penganugerahan daripada Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra tidak berlangsung tahun ini dan digantikan kepada majlis solat hajat (kerana kegeringan Tuanku)

Malah, penganugerahan bintang kebesaran yang dilaksanakan menerusi program Kerajaan Pas Kelantan sememangnya masih boleh dipertikaikan kerana secara logiknya, kerajaan negeri tidak diberi kebenaran melakukannya apatlah lagi dengan kerelaan Sultan dan Yang DiPertua Negeri Kelantan, Tuanku Sultan Ismail Petra.

Jadi, gelaran Datuk Bentara Setia kepada Nik Abdul Aziz; Datuk Seri Setia Raja (Mohd Aiseri Alias – Setiausaha Kerajaan Kelantan); Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK)  buat Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, mempunyai unsur yang boleh dipertikaikan.

Selain itu, penganugerahan buat peguam, Sukri Mohamed dan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad sebagai Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK), Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) untuk Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi – sepatutnya tidak wujud kerana Baginda Tuanku Ismail Petra tidak pernah meletakkan sebarang bintang kebesaran di dada mereka.

Boleh dikatakan bahawa penganugerahan yang dibawa mereka ini diberi oleh mereka sendiri dalam erti kata lain – ‘Ambo anugerah darjah kebesaran ini kepada diri ambo sendiri’. Fikirlah.

 

Masih wujudkah Sultan Melaka?

 



This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s