KETELUSAN ISMAIL OMAR DITAGIH

 

Baginda Tuanku Ismail Petra tetap Sultan Kelantan yang mutlak

Harapan terletak di bahu Tan Sri Ismail menangkis fitnah terhadap KDYMM Tuanku Ismail Petra

KAMI di sulteambo.wordpress.com amat berbesar hati dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar  untuk bertindak lebih tegas terhadap mana-mana anggota dan pegawai yang gagal menjalankan siasatan serta merta terhadap sebarang aduan dan laporan dibuat.

Sambil mengakui kegiatan itu (tidak menyiasat aduan) boleh merosakkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM), sulteambo.wordpress.com mengharapkan supaya Ketua Polis Negara yang baru dilantik pada 13 September 2010 (sama tarikhnya dengan pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai ‘Sultan Kelantan’) – mengharapkan sesuatu lebih telus daripada Tan Sri Ismail untuk membongkar segala kegiatan tidak bermoral daripada mereka yang mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan Tuanku Ismail Petra selaku Sultan Kelantan mutlak bagi negeri Cik Siti Wan Kembang.

“Tidak kira kes yang dilaporkan itu besar atau kecil, semua anggota dan pegawai perlu ambil serius dan kalau boleh selesai dengan segera. Saya beri amaran bahawa tiada kompromi pada mana-mana anggota yang gagal jalankan tugas dengan sempurna.

“Begitu juga dengan laporan polis yang masih tertangguh. Saya beri jaminan bahawa laporan yang dibuat sebelum saya jadi Ketua Polis Negara, semua laporan perlu diselesaikan tanpa sebarang masalah,” kata Tan Sri Ismail kepada pihak akhbar ketika ditemui di Bukit Aman (sila lihat akhbar dwimingguan nasional Transisi edisi ke-10 – bertajuk Siasatan tidak pilih bulu)

Inilah baru ketelusan yang diharap-harapkan oleh semua pihak, terutama kaum kerabat diraja yang bersemayam di Istana Mahkota terhadap anasir jahat yang semakin hari semakin rakus untuk membunuh ‘silaturrahim’ institusi diraja Kelantan yang begitu dihormati dan dikasihi.

Dengan cubaan memfitnah serta menghasut daripada blog kelantaninsider.blogspot.com dalam postingnya ke-45, dengan menyatakan bahawa Tuanku Ismail Petra akan dilarikan ke Thailand menerusi jalan darat – pengumuman Tan Sri Ismail itu boleh menjadi iktibar kepada mana-mana pihak yang gemar membelakangkan undang-undang demi kepentingan diri.

Malah, laporan polis oleh ADC Sultan Kelantan, Leftenan Kolonel Zahari Bakri terhadap fitnah daripada blog terbabit seharusnya mendapat perhatian serius PDRM selain daripada kes pembunuhan kejam, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, kerana fitnah yang dilemparkan itu bukan sahaja mampu menggugat kepercayaan mereka yang menjaga Tuanku Ismail Petra dengan baik di Istana Mahkota, malah boleh membunuh institusi diraja Kelantan secara terancang.

Umum mengetahui bahawa ada pihak yang tidak mahu melihat Baginda Tuanku Ismail Petra terus menunjukkan peningkatan terhadap kesihatan Baginda, malah mereka tidak percaya Baginda boleh tersenyum dan mampu bergelak tawa bersama penjaga-penjaga Baginda kerana sifat benci di dalam diri mereka telah wujud sejak sekian lama.

Unsur kebencian petualang ini diterjemahkan sedikit demi sedikit dan lebih memedihkan hati, mereka bijak mengatur rancangan untuk menjatuhkan Baginda secara halus – terutama mengadu-domba mengenai tahap kesihatan Baginda Tuanku Ismail tidak stabil, sedangkan mereka tidak pernah melawat Baginda di Istana Mahkota.

Biarpun fakta serta bukti sudah diperjelaskan dengan Baginda Tuanku Ismail Petra bermesra bersama rakyat di Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, mereka masih tidak percaya – malah terus menabur fitnah dengan mengatakan bahawa semuanya ‘lakonan’ daripada penghuni Istana Mahkota.

Ada rakyat yang terjerat dengan dakyah jahat kumpulan tidak berhati perut ini tetapi masih ada rakyat Baginda yang percaya bahawa Tuanku Ismail Petra akan pasti bangkit untuk menerajui semula pemerintahan Kelantan tidak lama lagi dengan izin Allah SWT.

Jika perlakuan sebegini (fitnah) terus menerus melanda institusi diraja Kelantan, terutama menerusi penulisan yang berat sebelah, sudah pasti negara yang kita sayangi tidak akan aman. Sudah tentu tindakan serta merta daripada anggota keselamatan negara diperlukan demi menjaga maruah kesultanan kita terus terpelihara.

Jadi, kenyataan Tan Sri Ismail yang berbunyi “Meskipun ada kes yang tidak boleh diselesaikan lagi, kita sebagai anggota PDRM perlu berhubung dengan pengadu dari semasa ke semasa supaya pengadu tenang dan berasa hormat kepada kita (PDRM)”, AKAN TERUS DITAGIH DEMI MARUAH KESULTANAN KELANTAN DAN KERABATNYA.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s