Sarang Tebuan Jangan Dijolok

Sarang tebuan

Musibah sengatan tebuan.

JIKA diperhatikan tulisan dalam satu blog berhubung ada pihak tertentu untuk membawa keluar secara sembunyi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra ke Thailand untuk bersemayam di negara Gajah Putih itu, kami di sulteambo.wordpress.com – boleh merumuskan ia satu tulisan yang mempunyai niat jahat serta mahu mengeruhkan lagi keadaan yang dilihat semakin kusut.

Agak menghairankan dari mana timbulnya tohmahan yang begitu dangkal daripada penulis blog berkenaan, kerana usaha untuk melarikan DYMM Sultan Ismail Petra bukannya kerja senang, malah boleh mengundang padah pada mereka yang melakukannya.

Apatah lagi, tarikh penentuan di Mahkamah Persekutuan tinggal tidak sampai tiga minggu sahaja lagi (25 Oktober 2010). Jadi, apakah muslihat yang ingin disampaikan penulis blog yang begitu sinomin menghentam hampir keseluruhan kerabat di raja yang bersemayam di Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Sebelum ini, blog berkenaan langsung tidak menampakkan kasih sayangnya pada DYMM Sultan Ismail Petra, malah agak keberatan untuk memanggil Tuanku seperti itu (DYMM Sultan Kelantan) lagi kerana sudah memiliki ‘Sultan Kelantan’ baru, jadi mengapa tiba-tiba wujudkan perasaan kasih dan sayang lagi pada Baginda Tuanku Ismail Petra?

Persoalan demi persoalan timbul kebelakangan ini berhubung tulisan daripada blog yang hampir setahun diwujudkan dan dilihat boleh menjatuhkan serta memalukan institusi keluarga diraja Kelantan ini menerusi tohmahan yang dilakukan. Bukan sahaja tohmahan atau fitnah berhubung usaha membawa lari Baginda Tuanku Ismail Petra, malah ada beberapa tulisan dilihat seakan-akan menjatuhkan sendiri maruah Tuanku Ismail Petra di tahap membimbangkan.

Kami di sulteambo.wordpress.com ada menerima cadangan daripada peminat supaya blog yang suka memfitnah dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKM) – kerana ia tidak sepatutnya berlaku dalam situasi keadaan institusi diraja Kelantan pada masa ini masih belum menemui jalan penyelesaiaannya.

Tambahan pula, kebanyakan isu yang ditulis blog berkenaan seperti menghina mahkamah kerana hampir ke semua isu terbabit bakal didengar di beberapa mahkamah di negara ini. Jadi, kami berharap pihak berkuasa mengambil sikap lebih tegas supaya kejadian memfitnah keluarga diraja Kelantan dihentikan segera.

SKM perlu mencari solusi demi memastikan martabat dan maruah institusi diraja Kelantan dan seluruh negara terus dipelihara dan tidak diganggu gugat oleh mereka yang yang mempunyai kepentingan dalam merosakkan keharmonian. Penulis blog berkenaan juga diingatkan jangan sesekali bermain api dan ‘sarang tebuan jangan dijolok’ andai tidak mahu perkara tidak diingini berlaku.

Kami bukan mahu mengugut tetapi cubaan memfitnah sebegini amat berat dan sepatutnya dikenakan hukuman setimpal daripada pihak berkuasa. Baik dihentikan segera sebelum terlambat kerana ‘kebenaran akan pasti menjelma’ tidak lama lagi.

Malah difahamkan pihak Istana Mahkota akan membuat laporan kepada pihak polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap blog berkenaan supaya dihentikan segera menjaja nama Baginda Tuanku Ismail Petra secara tidak tertib.

Justeru, SKM perlu memantau perjalanan blog berkenaan yang dilihat semakin hari semakin gemar membuat onar dan fitnah demi kepentingan peribadi.

LAPORAN FITNAH DARIPADA BLOG (kelantaninsider.blogspot.com)

1. Kami telah menerima maklumat terperinci dari sumber-sumber yang berwibawa mengenai perancangan pihak tertentu untuk membawa keluar secara sembunyi-sembunyi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra keluar dari Kelantan menuju ke Thailand melalui Takbai dan Pattani untuk bersemayam di sana.

2. Kami merasa amat bimbang jika perancangan ini, yang akan cuba dibuat di dalam masa terdekat ini, berjaya direalisasikan oleh pihak berkenaan maka ia akan mendatangkan kesan yang amat negatif ke atas kebajikan dan keselamatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra yang masih di dalam keadaan gering.

3. Kami dengan ini menyeru pihak berkenaan supaya segera menghentikan usaha-usaha untuk terus mempergunakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra untuk kepentingan diri sendiri, apatah lagi apabila usaha-usaha ini menjangkaui tahap membawa lari sekaligus memperjudikan kebajikan dan keselamatan Baginda.

4. Kami dengan ini juga menyeru pihak-pihak berkuasa supaya mengambil tindakan segera bagi memastikan perancangan untuk membawa keluar secara sembunyi-sembunyi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra keluar dari Kelantan menuju ke Thailand ini tidak terlaksana.

5. Kami memandang amat serius perkara ini kerana apabila sempadan negara telah diseberangi maka apa-apa sahaja perkara mungkin boleh berlaku kerana kita tidak lagi mempunyai sebarang kawalan ke atasnya. Cukuplah dengan hanya satu insiden yang menyayat hati itu sahaja.

6. Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra bukanlah milik peribadi sesiapa sahaja tetapi Baginda adalah milik semua golongan rakyat yang masih tetap mengasihi Baginda seperti dahulu. Sebarang cubaan untuk memisahkan Baginda dari mereka adalah satu tindakan yang amat zalim.

7. Ingatlah, jika kita ditimpa kesusahan, Allah mengajar kita supaya tidak berputus asa daripada, malah supaya menaruh sepenuh harapan kepada, rahmat serta pertolongan-Nya (dan bukan supaya menaruh sepenuh harapan kepada rahmat serta pertolongan pihak-pihak lain!):

Firman Allah, mafhumnya: “Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf: Ayat 87)

Firman Allah, mafhumnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia-lah jua yang Amat Pengampun, lagi Amat Mengasihani.” (Surah al-Zumar: Ayat 53)

8. Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Ilahi agar Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra sentiasa berada di dalam peliharaan dan lindungan-Nya. Jauhkanlah Baginda, ya Allah, dari sebarang perbuatan zalim walau oleh mana-mana pihak sekalipun.

Sulteambo: Jadilah muslim yang mengamalkan nilai-nilai moral seorang muslim sebelum berlagak warak dan alim.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s