TENGKU MUHAMMAD FARIS, SULTAN KELANTAN?????

Tengku Muhammad Faris Petra keluar dari wad ICU HRPZII, Kota Bharu selepas melawat pengawal istana yang cedera ditembak Mei lalu. - Gambar dari Berita Harian online.

LETTER FROM TENGKU MUHAMMAD FAKHRY PETRA

On 30th September 2010, I received a note from the Kelantan State Secretary notifying me of my brother’s decision to withdraw all awards including the title Tengku Temenggong bestowed upon me by our beloved father.

I am disappointed but not surprised that he has seen fit to take such an action. As far as I am concerned my brother does not have the power to withdraw these awards and title. Our father is still the Sultan and Ruler of the State. My brother’s presentaction reflects his lack of respect for the Court as the constitutionality of his own appointment is currently being challenged in Court.

We are a nation of laws, not men. How I wish my brother and his advisers could be persuaded to likewise adhere to this adage. Therefore, I do not recognise his actions nor of his agents on this matter. In Malaysia no one is above the law.

YAM. TENGKU TEMENGGONG KELANTAN

Date : 1st October 2010

Surat terbuka Tengku Muhammad Fakhry Petra berhubung penarikan gelaran daripada kekandanya itu ‘agak mengecewakan tetapi tidak mengejutkan’ kerana bagi Tengku Temenggong, ia tiada langsung musibah buat dirinya.

PERLAKUAN Tengku Muhammad Faris Petra, menarik gelaran adindanya – Tengku Muhammad Fakhry Petra – selaku Tengku Temenggong dan darjah kebesaran lain dilihat mampu menyemarakkan lagi amarah di kalangan kerabat diraja, terutama tuan badan itu sendiri.

Menjadi persoalan sekarang, mengapa Tengku Muhammad Faris Petra yang baru dimasyhurkan sebagai ‘Sultan Kelantan’ melakukan sebegini rupa sedangkan Tengku Muhammad Fakhry Petra adalah adinda kandungnya sendiri. Adakah beliau terus menerus mendapat nasihat salah daripada penasihat yang berkepentingan?

Ingin dijelaskan di sini, surat terbuka Tengku Muhammad Fakhry Petra berhubung penarikan gelaran daripada kekandanya itu ‘agak mengecewakan tetapi tidak mengejutkan’ kerana bagi Tengku Temenggong berusia 32 tahun itu, ia tiada langsung musibah yang melanda buat dirinya.

Apatah lagi kedudukan Tengku Muhammad Faris Petra itu sendiri sebagai ‘Sultan Kelantan’ masih belum muktamad, kerana ayahanda, Tuanku Ismail Petra membawanya ke mahkamah untuk dihitung semula mengenai situasi sebenar beliau.

Yang nyatanya, tuding-menuding di antara satu sama lain jelas tidak mendatangkan keuntungan kepada sesiapa, tetapi ada pihak yang ‘bertepuk tangan’ dengan situasi sebegini. Kedua-dua putera Tuanku Ismail Petra adalah adik-beradik yang amat dihormati dan disanjung rakyat di negeri Cik Siti Wan Kembang. Jadi, kami di sulteambo.wordpress.com menyifatkan ini satu tragedi yang tidak sepatutnya berlaku.

Malah, kami menasihatkan supaya Tengku Muhammad Faris Petra mencari jalan sesuai dengan menarik balik kenyataannya demi menjaga kepentingan keluarga daripada terus memberi muka kepada ‘penasihat’ yang salah di belakang beliau.
Bagi kami, perjalanan serta perhitungan yang dilakukan Tengku Muhammad Faris Petra boleh memudaratkan keutuhan Institusi Diraja Kelantan itu sendiri, kerana Tuanku Ismail Petra masih lagi hidup dan tidak molek sekiranya ia berlaku ketika Baginda mengharapkan kasih sayang daripada anak-anak.

Tambahan pula, 25 Oktober ini adalah saat perhitungan antara Tuanku Ismail Petra dan Tengku Muhammad Faris Petra di Mahkamah Persekutuan. Jadi, mengapa perkara menarik balik gelaran Tengku Temenggong daripada Tengku Muhammad Fakhry Petra menjadi agenda terbaru?

Tuanku Ismail Petra menganugerahkan gelaran Tengku Temenggong serta darjah kebesaran kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra. Angkara apa dilucutkan gelaran ini oleh kekandanya? Perlu diingat kedudukan Tengku Muhammad Faris Petra, sebagai ‘Sultan Kelantan’ masih belum muktamad.

Perlukah ia dilakukan (penarikan gelaran)? Sedangkan gelaran Tengku Temenggong dan darjah kebesaran yang disandang Tengku Muhammad Fakhry Petra dianugerahkan oleh Tuanku Ismail Petra. Rata-rata pihak menyifatkan wujud ‘tangan-tangan ghaib’ di sisi Tengku Muhammad Faris Petra dengan membelakangkan ayahandanya dalam membuat keputusan.

Justeru, kami meminta supaya penasihat yang menjadi tangan ghaib itu berhenti daripada terus membuat onar demi kepentingan serta kesejahteraan keluarga diraja yang dikasihi ini.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s