Bila jiwa dikuasai emosi

Berakhir sistem monarki Nepal
Pembunuhan beramai-ramai keluarga diraja Nepal pada 2001 menjadi detik awal kehancuran sistem beraja di negara itu. Ironinya, ia dikatakan bermula dengan seorang wanita bernama Devyani Rana.

KELUARGA diraja Nepal yang terkorban di hujung mata peluru. Dari kiri: Putera Mahkota Dipendra, Raja Birendra, Putera Nirajan, Permaisuri Aishwarya dan Puteri Shruti.

Masih ingat tak lagi kisah duka dan tragis yang melanda keluarga diraja Nepal pada 1 Jun 2001? Jika ditatapi secara teliti, sudah pasti peristiwa ngeri di sebalik kegembiraan ketika jamuan makan malam berlaku hanya disebabkan kerakusan Putera Mahkota gagal mengawal emosi.

Mungkin apa yang kami ingin sampaikan di sulteambo.wordpress.com adalah sikap kehidupan mereka yang bergelar manusia, tidak kira rakyat biasa mahupun mempunyai pertalian dengan darah daging diraja. Daripada laporan akhbar – Putera Mahkota Nepal, Dipendra membunuh dengan menembak seluruh keluarganya pada majlis makan malam dalam keadaan mabuk dan khayal selepas mengambil dadah jenis kanabis kerana ibunya dikatakan tidak bersetuju dengan wanita pilihan untuk disunting sebagai isterinya. Kejadian tragis itu nyata mengemparkan seluruh dunia sekali gus menyentap sistem monarki antrabangsa.

Dipendra membunuh semua keluarganya – ibu (Permaisuri Aishwarya), bapa (Raja Birendra), adinda lelaki (Putera Nirajan) dan adinda perempuan (Puteri Shruti), termasuk lima lagi keluarga iaitu bapa saudara dan ibu saudaranya sebelum mengambil tindakan membunuh diri sendiri – ia berpunca daripada kegagalan memiliki Devyani sebagai isteri kerana ibunya mempunyai pilihan lain. Jika benar Dipendra melakukannya – sudah pasti wujudnya kerakusan jiwa dalam dirinya untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati. Di sini tiada lagi unsur kasih sayang terhadap keluarga kerana terlalu taksud mengikut kata hati pada seorang wanita yang dicintainya.

Kini sistem monarki yang dipelihara keluarga Nepal sejak 239 tahun hanya tinggal sejarah, biarpun adinda kepada Raja Bipendra iaitu Putera Gyanendra mengambil alih tampuk pemerintahan beraja itu, namun beliau seperti tidak diterima rakyat Nepal.
Kita sememangnya tidak mahu sejarah ini berulang lagi, terutama di Malaysia. Yang jelasnya, biarpun setinggi mana kita berada, tidak kira apa gelaran yang dibawa dalam kehidupan masyarakat – namun kepentingan keluarga perlu dijaga dan dipertahankan demi memelihara sistem yang sedia ada.

Tanpa sokongan keluarga kedudukan kita tidak ke mana, biarpun di kelilingi penasihat yang kita anggap sahabat ‘sehidup semati’ kerana suatu hari nanti sudah pasti mereka akan menghancurkan diri kita tanpa disedari. Keluarga terutama ibu bapa adalah tiang segala kegagahan buat diri kita kerana daripada merekalah kita boleh membesar dan dihormati.

Tragedi mengerikan dalam keluarga diraja Nepal itu perlu dijadikan teladan buat semua pihak, tidak kira siapa diri kita kerana setiap perdamaian dan perbincangan merupakan faktor terpenting untuk memastikan kedudukan atau keutuhan keluarga kita terus dipelihara.

Jadi, kami di sulteambo.wordpress.com mengingatkan semua rakan taulan supaya menghormati keluarga, terutama ibu bapa kerana ia mampu menjernihkan segala persengketaan dan dendam yang menyelubungi diri kita selama ini. Oleh itu, sebelum Syawal melabuhkan tirainya eloklah kita berpesan kepada orang yang rapat dengan diri kita supaya tidak menolak bulat-bulat ibu bapa sendiri demi kepentingan orang lain. Malah kepada sesiapa yang masih belum berbuat demikian (meminta ampun daripada ibu bapa) sempena Aidilfitri ini, lakukanlah segera sebelum terlambat.

Justeru, marilah kita menadah tangan ke hadrat ilahi kerana tragedi di Nepal tidak berlaku di Malaysia dan renungkanlah surah al-Quran yang menekankan keperluan tuntutan anak kepada ibu bapa, terutama dalam aspek menghormati ibu: “… Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan…” (Surah Luqman, ayat 14), “

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s