Jangan jadi burung kakak tua

Ini burung kakak tua

ini peguam burung kakak tua

Proclamation of new Kelantan Sultan lawful, says lawyer

KUALA LUMPUR: The proclamation of Tuanku Muhammad Faris Petra as the Sultan of Kelantan to succeed his ailing father Tuanku Ismail Petra satisfies both common and syariah law requirements, says a prominent constitutional lawyer.

Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah said the decision by the Kelantan Royal Succession Council was particularly apt from the syariah law point of view, which stipulated that the head of state must be mentally and physically perfect.

“He definitely cannot be substantially impaired in mind and body as Islamic jurisprudence argues that such substantial impairment may create an inconducive atmosphere in the Palace and the State,” he told The Star.

Muhammad Shafee said such impairment might result in a third party trying to exercise the power of the Sultan or exercise influence on him.

“In the worst of situations, a head of state suffering from such impairment could be literally reduced to a mere ‘puppet’.”

“In Islam, such a situation is intolerable and would be unconstitutional,” he said.
He said most Islamic jurisprudence was of the view that it would be haram (sinful) to allow such situation to continue.

He said the requirement for the Sultan to be mentally and physically perfect was not just meant to ensure that the decisions made were well considered but was also important to guarantee continued public confidence in his governance.

“The people must feel confident in their ruler’s capacity and capability,” he said, citing Islamic thinkers such as Abu Hassan Al-Mawardi and Ibnu Khuldun who had opined that a Ruler must possess healthy senses of hearing, sight and speech; a healthy body; intelligence and acute thinking that commensurate with his onerous duties.

Tuanku Ismail Petra filed a petition at the Federal Court on Monday to declare the proclamation unconstitutional.

He had already filed two petitions seeking the opinion of the Federal Court on whether Tuanku Muhamad Faris Petra had the full power to reconstitute the Royal Succession Council and question the fundamental liberties of the Sultan.The Federal Court had set Oct 23 to decide whether it had the jurisdiction to hear the first two petitions.

Muhammad Shafee opined that it was also pointless to file any lawsuit against Tuanku Muhammad Faris Petra because he is now the Sultan of Kelantan.
“This is a matter of royal prerogatives. It is very unlikely that an ordinary court of law would entertain such a challenge as it is deemed to be non-justiciable,” he said. – The Star

Jangan jadi burung kakak tua

Jika dibaca dengan teliti kenyataan Datuk Muhammad Shafee Abdullah ini – nyata tidaklah hebat sangat kewibawaannya sebagai peguam terkenal di Malaysia – kerana fakta yang diberikan beliau seperti membaca semula ucapan atau leteran daripada Datuk Shukri Mohamad yang kini mendabik dada kerana menjadi jurucakap kepada ‘Sultan Kelantan’ (Tengku Muhammad Faris Petra).

Kenyataan Datuk Shafee tidak ubah seperti seekor ‘burung kakak tua’ yang mengikut apa sahaja perbualan tuannya. Adakah setakat ini sahaja kewibawaan seorang peguam yang dikatakan amat tersohor di Malaysia? Kami di sulteambo.wordpress.com tidak langsung terpesona apatah lagi terpengaruh dengan fakta yang diberikan.

Kami agak hairan bagaimana Datuk Shafee boleh mengeluarkan kenyataan sebegini kerana kes pemasyhuran Tengku Faris Petra sebagai ‘Sultan Kelantan’ akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 23 Oktober depan dan ‘lagi terang lagi bersuluh’ bahawa kenyataan beliau itu seperti mendahului keputusan mahkamah, lebih tepat menghina mahkamah.

Sebagai seorang peguam yang disegani dan boleh berhujah dengan baik di depan masyarakat, Datuk Shafee sepatutnya mengambil sikap berkecuali kerana biarlah mahmakah yang menentukan untung nasib Tengku Faris Petra sama ada boleh diiktiraf sebagai ‘Sultan Kelantan’ yang baru atau perlu menyerahkan semula takhta kepada ayahandanya, Tuanku Ismail Petra.

Adakah Tengku Faris perlu menyerahkan semula takhta pada ayahandanya, Tuanku Ismail Petra yang dikata semakin sihat?

Malah, pihak media juga jangan bersikap mendahului sebarang keputusan mahkamah kerana ia bukan sahaja menjejaskan intergriti kewartawanan itu sendiri, malah mampu dicop menghina ruang keadilan bagi semua pihak. Kerana akhbar memainkan peranan penting dalam mengubah fikiran rakyat.

Seelok-eloknya biarlah ketentuan ini berlangsung pada hari perbicaraan dan bukannya bersikap berat sebelah tanpa mengira Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada. Jika sekadar mengambil sikap mengikut kata seperti ‘burung kakak tua’, baik dilupakan sahaja kenyataan seperti Datuk Shafee itu.

Kami juga mahu menasihati Datuk Shafee bahawa jika hanya bersikap ‘dengar kata’ atau hanya mendapat reaksi daripada pihak yang ‘berat sebelah’ baik lupakan sahaja profesion guaman yang menjadi periuk nasi beliau. Kerana, kami mendapat maklumat daripada pihak dalaman Istana bahawa Datuk Shafee tidak pernah melihat atau melawat Tuanku Ismail Petra apatah lagi berbicara dengan Baginda. Persoalannya, bagaimana Datuk Shafee mengetahui bahawa Tuanku Ismail semakin gering dan tidak berupaya menjalankan tugas-tugas sebagai pemerintah negeri Cik Siti Wan Kembang?

Malah, kami juga bingung bolehkah seorang peguam hebat seperti beliau membelakangkan fakta dalam Perlembagaan Persekutuan yang digubal sejak dulu lagi dan menerima pindaan Perlembagaan Negeri ‘ciptaan pihak berkepentingan’?
Kami juga ingin bertanya adakah seorang Sultan perlu berulang-alik kepada pejabat untuk menjalankan tugas? Atau sebagai kontraktor yang wajib melawat tapak pembinaan setiap hari? Adakah itu yang dimaksudkan Datuk Shafee? Kalau begini pemikiran orang ‘hebat’ seperti Datuk Shafee, kami di sulteambo.wordpress.com tidaklah berbangga sangat memiliki peguam seperti ini di Malaysia.

Mengenai hukum syarak yang disebutkan Datuk Shafee mengenai Tuanku Ismail Petra, adakah itu fakta yang terlalu besar untuk dipegang (mengenai kesihatan Baginda)? Bagaimana pula hukum syarak ke atas ‘Sultan Kelantan’ yang baru dimasyhurkan itu – malah kami juga menerima laporan dari Istana Mahkota bahawa sehingga hari ini iaitu Aidilfitri ke-18 (27 September 2010), Tengku Faris Petra masih belum menjenguk ayahanda dan bondanya di Istana Mahkota, sedangkan dalam Islam – kita sebagai anak perlu menziarahi ibu bapa di hari mulia ini, malah diwajibkan meminta ampun kepada kedua ibu bapa. Bukannya jauh antara Istana Telipot ke Istana Mahkota. Bukan mahu mengajar tetapi adakah hukum syarak ini boleh dipermain-mainkan?

Kami juga baru menerima laporan daripada pihak dalaman Istana bahawa Datuk Shafee bakal berdepan dengan peguam-peguam Tuanku Ismail Petra yang berkemungkinan besar mengheretnya ke mahkamah kerana mendahului proses perbicaraan Mahkamah Persekutuan. Pendek kata, menghina mahkamah.

Jadi, terpulanglah kepada pembaca sama ada perlu mendengar hujah ‘berat sebelah’ Datuk Shafee atau berfikir terlebih dahulu sebelum terima bulat-bulat apa yang diperkatakannya. Kami juga ingin menasihati Datuk Shafee bahawa ‘setinggi mana kedudukan seseorang itu, kadang-kadang kita perlu dengar nasihat orang bawahan’.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s