SIAPA PETUALANG SEBENAR?

Banyak isu dan masalah berlaku di Pejabat Sultan Kelantan sehingga terpaksa buat laporan kepada pihak polis kerana ada salinan dokumen palsu mengenai pengurniaan ini. Tidakkah ini menghairankan?

Darjah kebesaran palsu: Pejabat Sultan Kelantan lapor polis

KOTA BHARU 21 Sept. – Pejabat Sultan Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung penawaran Darjah Kebesaran Negeri Kelantan yang dipalsukan dan kononnya dikeluarkan oleh pejabat berkenaan.
Laporan itu dibuat oleh Pegawai Tadbir (Istiadat) Pejabat Sultan Kelantan, Nik Mahmud Nik Jaafar, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pukul 12 tengah hari tadi.
Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Halim Hamad berkata, laporan itu dibuat selepas pihaknya menerima satu salinan dokumen daripada Istana Telipot berkaitan dengan surat anugerah pengurniaan darjah kebesaran negeri.
“Ahad lalu, Pejabat Sultan Kelantan, Istana Balai Besar Kota Bharu telah menerima satu salinan dokumen daripada Istana Telipot, di mana ia telah difaks oleh Bahagian Siasatan Khas (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berkaitan dengan surat anugerah pengurniaan kehormatan kebesaran negeri.
“Semakan telah dibuat dan didapati dokumen berkenaan adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh pejabat ini, justeru itu saya mengarahkan Pegawai Tadbir (Istiadat) Pejabat Sultan Kelantan untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – Bernama


Dokumen Palsu- Apa kata rakyat?

Di atas adalah kenyataan akhbar yang dibuat Pejabat Sultan Kelantan membuat laporan polis kerana menerima satu salinan dokumen palsu daripada Istana Telipot berkaitan dengan surat anugerah pengurniaan darjah kebesaran negeri.

Sebenarnya, kita tidak pernah mendengar ada pihak cuba membuat pemalsuan terhadap pengurniaan darjah kebesaran negeri ketika negeri Cik Siti Wan Kembang ditadbir Tuanku Ismail Petra.

Kini, banyak pula isu dan masalah berlaku di Pejabat Sultan Kelantan sehingga terpaksa buat laporan kepada pihak polis kerana ada salinan dokumen palsu mengenai pengurniaan ini.

Tidakkah itu menghairankan kerana setiap salinan atau dokumen yang berkaitan dengan penganugerahan dikeluarkan oleh pihak Pejabat Sultan Kelantan sendiri menerusi Pengelola Istana, Dato’ Abdul Halim Mohamad, begitu juga jika pengurninaan daripada Kerajaan Kelantan sudah tentu ia disahkan dan ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato’ Haji Aiseri Alias?

Namun, biarlah pihak polis merungkai tanda tanya ini dan memastikan dilema semua rakyat terutama yang berada di bawah payung Baginda Tuanku Ismail Petra menerima jawapan yang sebenar-benarnya daripada pihak berkuasa tanpa sebarang persoalan berbangkit di kemudian hari. Janganlah, membuat pertuduhan palsu pula, sedangkan masalah itu di depan mata kita sendiri.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s