Jangan cuba derhaka ibu bapa

Pedoman Jumaat

Dikisahkan si Tanggang menjadi batu akibat menderhaka pada ibunya. Semoga kisah si Tanggang menjadi iktibar buat kita semua.

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik (ihsan) kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya perkataan “ah”** dan janganlah kamu membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah..”Wahai Tuhanku! Kasihanilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecilku.” – ayat 23-24 dari Surah al-Isra’

** mengucapkan kata “ah” kepada orang tua tidak dibolehkan, apalagi mengucapkan kata-kata atau memperlakukan mereka dengan lebih kasar daripada itu.
Di dalam ayat di atas ada 10 permasalahan:

  1. Qadho – ialah suruhan wajib untuk menyembah Allah swt iaitu Allah Ta’ala telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selainNya.
  2. Allah swt memerintahkan agar manusia menyembahNya dan mentauhidkanNya disertakan dengan berbuat ihsan kepada kedua ibubapa, sama seperti bersyukur kepada Allah SWT, disertakan dengan berterimakasih kepada kedua ibu bapa. Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abdullah RA, firmannya: “Aku bertanya Nabi Muhammad SAW apakah amal yang paling disukai oleh Allah?” Nabi Muhammad menjawab: “Solat dalam waktunya.” Aku bertanya lagi kemudian apa lagi?”. Nabi Muhammad menjawab: “Kemudian berlaku ihsan kepada kedua ibu bapa.” Aku bertanya lagi kemudian apa lagi?” Nabi Muhammad menjawab: “Berjihad fi sabilillah.” Lihatlah betapa pentingnya ihsan kepada kedua ibu bapa sehingga Nabi Muhammad menjadikan ‘birrul walidaini’ – berbuat baik kepada ibu bapa- seafdhal2 amal selepas solat yang merupakan tiang agama yang terpenting.
  3. Di antara makna ‘birrul walidaini’ dan ‘ihsan’ kepada kedua ibu bapa ialah bahawa jangan seseorang itu menderhaka kepada kedua-duanya kerana ia termasuk daripada dosa-dosa besar (kabaair) tanpa khilaf. Perkara ini ditegaskan oleh sunnah thabitah. Di dalam sahih Muslim daripada Abdullah ibn Amru bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya di kira daripada kabaair itu berkata kesat (memaki) seorang lelaki terhadap kedua ibu bapanya.” Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah SAW adakah orang yang akan berbuat demikian kepada ibu bapanya?” Rasulullah SAW menjawab: “Ya, boleh berlaku bila seorang lelaki mengeluarkan kata-kata kesat kepada bapa orang lain, lalu orang tadi membalas dengan memaki ibu dan bapanya.”
  4. Termasuk derhaka kepada ibubapa ialah menyalahi kehendak kedua-duanya dalam perkara yang diharuskan oleh syara’, sama halnya ‘birrul walidaini’ bermakna membuat sesuatu yang disukai oleh kedua-duanya. Berdasarkan kenyataan di atas apabila kedua-dua ibu bapa menyuruh sesuatu perkara kepada anaknya, maka menjadi kewajipan ke atas anak itu mentaatinya selagimana suruhan itu dalam perkara yang bukan maksiat.
  5. Imam Tarmizi meriwayatkan daripada ibnu Umar RA katanya: “Saya ada seorang isteri yang saya amat kasih, tetapi ayah saya membencinya dan menyuruh aku menceraikannya, lalu aku enggan. Aku mengadu kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda Rassullah SAW bersabda: ” Wahai Abdullah ibnu Umar! Ceraikan isterimu itu.” (Hadith Hasan lagi Sahih).
  6. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: “Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad SAW lalu berkata: “Siapa yang paling berhak untuk aku melakukan ihsan dalam persahabatan dengannya?” Nabi Muhammad SAW menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi Muhammad SAW menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi Muhammad SAW menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi Muhammad SAW menjawab: “Bapa kamu.” Dalam hadith ini menunjukkan kasih kepada ibu tiga kali ganda melebihi kasih kepada bapa kerana Nabi Muhammad SAW menjawab tiga kali ibu dan bapa disebut yang keempat.
  7. Tidak dikhususkan ‘birrul walidaini’ hanya kepada ibu bapa yang muslim sahaja, bahkan wajib berbuat baik kepada kedua-duanya sekalipun mereka kafir.
  8. Termasuk yang dimaksudkan ‘ihsan’ kepada kedua-dua ibu bapa ialah apabila tidak sampai ke tahap jihad menjadi fardhu ain, ia mestilah mendapat keizinan daripada ibu bapa untuk keluar berjihad; tidak boleh keluar berjihad kalau ibu bapa tidak memberi izin. Ini berdasarkan hadith yang sahih yang diriwayatkan daripada Abdullah ibnu Umar RA katanya: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi Muhammad SAW meminta izin untuk berjihad, maka Nabi Muhammad SAW bertanya: “Adakah kedua ibu bapamu masih hidup?” Dia menjawab masih hidup, lalu Nabi Muhammad SAW bersabda: “Maka untuk kedua-dua ibu bapamu hendaklah kamu berjihad.” (Riwayat Muslim). Di dalam riwayat yang lain lelaki tadi menjawab: “Ya, masih hidup dan aku meninggalkannya dalam keadaan kedua-duanya menangis. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Pergi kamu, maka usahakan supaya kedua-duanya ketawa sebagaimana kamu telah membuat kedua-duanya menangis.” Dalam riwayat yang lain lagi…. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidur kamu bersama kedua ibu bapa kamu di atas tilamnya lalu kamu berusaha menjadikan kedua-duanya ketawa dan kamu pula bergurau senda dengan mereka lebih afdhal daripada kamu berjihad bersama aku.”
  9. Ulama’ berselisih adakah apabila ibu bapa musyrik diperlukan keizinan daripada kedua-duanya untuk berjihad (jihad kifayah)? Imam Thauri berpendapat perlu, tetapi Imam Syafei berpendapat tidak perlu.
  10. Sebagai penyempurna dalam ‘birrul walidaini’ ialah menghubungkan silaturrahim dengan mereka yang pernah bersahabat dengan ibu bapa… Semoga bermanfaat untuk direnung oleh anak-anak yang beribu dan berbapakan da’ie -para pendakwah- di jalan Allah SWT. Jangan lupa hukum dalam melakukan dakwah dan jihad, nanti kamu juga yang menyesal suatu hari nanti. Ingatlah kisah ‘Alqamah yang tidak mampu mengucap syahadah dek kerana dia melebihkan si isterinya daripada ibu sendiri. Ibunya memendam rasa di hati, namun tidak diluahkan… Bagaimana ibu-ibu dan bapa-bapa yang kini berada dalam bahtera dakwah yang diketahui kebaikannya tiba-tiba anak sendiri yang mengherdik dan merendahkannya; bukankah itu menderhaka namanya??? Fikir-fikirkanlah di atas iman dan amal.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s