Petisyen ketiga bantah pelantikan sultan baru

Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra memfailkan petisyen ketiga di Mahkamah Persekutuan hari ini untuk mendapatkan pengisytihan bahawa pelantikan anakandanya Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai sultan adalah tidak sah.

Dalam petisyen itu, Tuanku Ismail memohon keputusan mahkamah tertinggi itu terhadap dua perkara berkaitan pelantikan Tuanku Muhammad Faris menduduki takhta ketika ketiadaan ayahandanya.

Param Cumaraswamy dari pasukan peguam yang mewakili Tuanku Ismail, berhujah bahawa Tuanku Muhammad Faris – ketika menjadi pemangku raja – tidak mempunyai kuasa untuk meminda perlembagaan negeri atau dalam kedudukan untuk melantik anggota Majlis Perajaan Kelantan.

Dalam dua petisyen sebelum ini – yang difailkan pada 5 Mei dan 22 Jun tahun ini – dijadualkan untuk didengar oleh Mahkamah Persekutuan pada 23 Oktober dan petisyen ketiga dijangka didengar pada masa yang sama.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, Param berkata pihaknya berharap panel penuh hakim di Mahkamah Persekutuan akan membincangkan isu tersebut yang mungkin memberi impak kepada negeri-negeri lain yang mempunyai sultan.

Menurutnya lagi, isu ini akan menjadi satu ujian kepada keseluruhan bidang kehakiman.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

7 Responses to Petisyen ketiga bantah pelantikan sultan baru

  1. Patih Karma Wijaya says:

    Perjuangan belum selesai, yang hak pasti mengatasi yang bathil.
    Daulat Tuanku!

  2. Setia Tuah says:

    Jangan disanggah raja yang mulia. Nanti hidup tidak diberkati maha esa.

    DAULAT TUANKU!

  3. pete says:

    1.Islam amat menitik beratkan nilai kekeluargaan terutamanya dalam menghormati ,mengasihi dan mengutamakan kedua ibubapa khususnya semasa keduanya masih hidup sehingga mereka mati. Jika anak itu secara terang2an durhaka kepada kedua orang tuanya, maka sepanjang hidupnya akan dilaknat Allah saw. Sedangkan berdosa dan laknat kepada seorang anak itu jika terpancul sebutan “aahh” apabila diseru/dipanggil oleh kedua orang tuanya. Perbuatan ini kategori apa pula dalam Islam jika mengikut tafsiran para penasihat itu?
    2.Dimanakah peranan seorang pejuang Islam tersohor dan juga pembesar terkenal di Kelantan yang selama ini menghentam,membidas dan menjatuhan fatwa kepada lawan politiknya dengan mengatakan itu dan ini wajib mengikuti jalan Allah. Kenapa beliau sendiri membutakan mata dan bersubahat bila secara terang2an berlaku aib, berlaku derhaka anak kepada kedua ibubapanya sendiri? Adakah hukum hakam Islam itu WAJIB diterjemahkan oleh beliau saja,hanya beliau dan cuma beliau saja yang betul? Semata2 terjemahan beliau saja yang mengikut syariat Allah?
    3.Segelintir rakyat Kelantan telah terpedaya dengan kelicikan persembahan “makyong anak derhaka” ini. Sayu dan sedih bila bangsa asing mentertawakan sandiwara di Kelantan ini kerana bangsa asing yang tidak Islam itu pun taat dan patuh kepada kedua ibubapa mereka.
    4.Takhta Kesultanan Kelantan itu tidak akan kemana2 pun kerana telah pasti pada mahkota Sultan itu telah terpahat nama Sultan Mohamed Faris Petra @ Sultan Mohamed ke-5, cumanya SABAR..jangan terlalu gopoh,gelojoh dan tamak. jangan terlalu percaya dan taksub kepada “tukang penasihat” ibarat Yahudi laknat yang bergelimpangan dan bergayut disekeliling istana. Adakah mereka2 akan turut menjadi penasihat didalam kubur? dialam barzakh? di padang mahsyar?
    5. Syurga terletak dibawah kaki ibu…Allah yang telah menetapkan sebegitu.
    “RAJA YANG ADIL, RAJA DISEMBAH..RAJA YANG ZALIM ,RAJA DISANGGAH”
    Allah Hu-Akbar..Allah hu Akbar..Allah hu-Akbar..hidup Tuanku Ismail Petra.
    Hidup Kelantan dibawah naungan tuanku.
    Ampun Tuanku..

  4. Bro ABR says:

    Pantang melayu menderhaka

  5. Ulamak says:

    Masih Ada lagi masa untuk berbuat baik kpd kedua orang tua sebelum ajal tiba. Bila Izrael datang memanggil,……seluruh tubuh menggigil..siapa tuhanmu, Apa agamamu, siapa nabimu, apa peganganmu…..adakah kamu berbuat baik kpd kedua ibu bapamu???berilah kata2 yg mulia dan berhemah kpd kedua ibu bapa…Ulamak yg dijamin syurga adalah ulamak yg tidak suka menipu dan menghormati orang sakit..

  6. Allah Akhbar,Dualat Tuanku DYMM Sultan Muhammad V.Jalankan tugas tuanku dengan sempurna,kerana anasir2 jahat sentiasa menganggui gugat Tuanku Sultan dan Tengku Mahkota iaitu kedua beradik yang akan bersama menjadikan Kelatan negeri Islam sejati di Bawah naungan Tuanku Sultan Muhammad V.laknat orang2 yg durhakan kepada Tuanku Sultan dan Tuhan akan memberikan balasan yang setimpal dengan kejahatan puak2 yang menyebabkan Ayahanda Tuanku Sultan iaitu Tengku Ismail Petra menjadi gering dan kerabat2 dari Bonda Tuanku yang ingin membuat onar dan kacau dan gila kuasa di negeri Kelantan ini dan orang yang rapat dengan Tengku Ismail Petra yang membuat zalim kepada Tengku Ismail Petra,Semuga di tunjukan bala di atas dunia ini,Semuga negeri Kelantan menjadi aman damai dan dianugerahi Allah Taala kerahmatan,di bawah pemerintahanKYDM AL Sultan Muhammad V, Allah Akhbar.Allah Akbar,Allah Akbar< Dualat Tuanku

  7. Seorang Isteri yang menzalimi dan mendurhaka kepada Suaminya hingga suaminya menjadi gering akan mendapat balasan azab di dunia dan akhirat dan api neraka balasan dari Allah Taala.Sehingga Ia memohon ampu dengan penuh keinsafan kepada suaminya dan berjanji akan setia taat kepada suaminya sebelum suaminya mati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s